fbpx
Now Reading
Cara Bawa Si Bulus Naik Kapal Terbang Domestik
bawa kucing naik penerbangan domestik

Cara Bawa Si Bulus Naik Kapal Terbang Domestik

Pasti ada pencinta kucing yang berhasrat untuk membawa si bulus melancong, rupanya tak susah pun nak bawa mereka naik kapal terbang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pencinta kucing pasti mengimpikan untuk melancong bersama si bulus anda, malah ada juga di media sosial yang dapat kita lihat mereka membawa haiwan peliharaan itu melakukan beberapa aktiviti lasak seperti mendaki gunung, bukit dan menjelajah dunia.

Jika hendak melancong ke luar negara mungkin ia sedikit sukar tambahan pula anda mungkin risau dengan keadaan cuaca di negara orang.

Oleh itu, anda mungkin boleh mulakan dengan membawa kucing anda melancong dengan menaiki penerbangan domestik dalam negara seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter @tattyhassan.

Terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan sebelum bawa si bulus terbang ke awan biru

Namun, terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan seperti pemeriksaan kesihatan serta beberapa dokumen pengenalan yang diperlukan sebelum anda dan si bulus dibawa terbang ke awan biru.

Cara dan proses bawa si bulus menaiki kapal terbang domestik

Jom kami kongsikan proses dan cara yang perlu anda lakukan untuk membawa kucing menaiki kapal terbang domestik:

  1. Untuk membawa si bulus anda perlulah sentiasa membuat semakan dan pengesahan syarat-syarat yang diperlukan oleh sesebuah syarikat penerbangan menerusi laman sesawang mereka.
  2. Sebagai langkah keselamatan anda dinasihatkan untuk buat persedian seperti:
  • Membawa buku vaksin si bulus
  • Sijil Kesihatan (sah selama 7 hari sahaja)
  • mikrocip
  • sekiranya kucing anda merupakan kucing yang diimport dari luar negara anda perlu mendapatkan permit import dan eksport daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  • Sekiranya anda ke Sabah atau Sarawak si comel perlu mendapatkan sijil vaksin rabies

Namun, kebiasaanya penerbangan domestik di dalam negara hanya memerlukan buku vaksin yang menunjukkan kucing anda lengkap divaksinasi.

3. Anda juga perlu memohon permit, pasport kucing dan juga sijil kesihatan, cara-caranya adalah:

  • Anda perlu membuat permohonan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan ia memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk mereka menyediakan laporan, pasport serta permit dan mereka akan memasang mikrochip ke atas si bulus.
  • Selain itu, anda juga boleh mendapatkan sijil kesihatan dan vaksinasi kucing di klinik yang sering anda kunjungi untuk temujanji vaksinasi si comel.

Disarankan buat salinan semua dokumen yang diperlukan

4. Anda disarankan untuk membuat salinan semula bagi semua dokumen yang diperlukan. Kemudian buat tempahan tiket dan hubungi syarikat penerbangan serta beritahu bahawa anda mahu membawa kucing.

Untuk membawa si bulus menaiki kapal terbang, anda juga perlu memberi size ukuran yang tepat untuk sangkar yang bakal dibawa bersama.

5. Yang terakhir sekali, selesai semua dokumen anda dinasihatkan untuk hadir ke lapangan terbang satu jam atau setengah jam lebih awal bagi pembayaran bagasi dan proses daftar masuk si bulus kerana ia mungkin memakan masa yang sedikit lama.

Ternyata proses untuk membawa si comel terbang bersama tidaklah begitu sukar dan pasti ini memberikan pengalaman yang menarik buat anda.

Anda juga tidak perlu risau untuk meninggalkan mereka di hotel kucing atau klinik jika mahu melancong, sediakan sahaja dokumen mereka dan anda dah boleh melancong bersama-sama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.