fbpx
Now Reading
Cara Nak Luahkan Apa Yang Bermain Dalam Fikiran Dengan Buat ‘Brain Dumping Jurnal’
Brain Dumping Jurnal

Cara Nak Luahkan Apa Yang Bermain Dalam Fikiran Dengan Buat ‘Brain Dumping Jurnal’

Kadang kala kita meninggalkan terlalu banyak perkara yang hendak difikirkan dalam kepala pada satu masa. Perkara ini sekaligus membuatkan kita tertekan dan tidak sihat untuk mental.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kesihatan mental kini tidak lagi dipandang sebagai satu perkara yang enteng. Malah masyarakat pada hari ini juga lebih bersifat terbuka dan mengambil berat mengenai kesihatan mental.

Ini kerana, sebagai seorang manusia kita tidak lari daripada terbeban dengan masalah serta runsing memikirkan jalan penyelesaiannya.

Khususnya apabila masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi dengan betul seseorang itu mungkin boleh berhadapan dengan tekanan perasaan, ketakutan, rasa tak tentu arah serta banyak lagi.

Cara meluahkan perkara dalam pemikiran menggunakan ‘dumping jurnal’

Malah ada juga yang tidak tahu tindakan apa yang perlu diambil kerana tidak boleh berfikir secara rasional. Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter, @fakhrifadzli telah berkongsi cara bagaimana dia meluahkan setiap perkara yang ada dalam fikiran dengan melakukan ‘Brain Dumping Jurnal’.

Dapat bantu buat kehidupan lebih tenang dan fokus

Munurut Fakhri, cara ini sudah digunakan olehnya sejak enam bulan yang lalu dan tabiat tersebut telah banyak membantunya seperti:

  1. Lebih tenang.
  2. Dapat mengawal anxiety, berfikir secara keterlaluan (overthinking) dan rasa tidak tentu arah.
  3. Lebih produktif.
  4. Dapat tidur yang lebih lena.
  5. Lebih fokus dalam apa yang hendak dilakukan.

Katanya setiap malam atau setiap pagi dia akan meluangkan sedikit masa untuk membuat ‘brain dumping’.

Ia adalah dengan meluahkan segala perkara yang berlegar dalam pemikiran seperti soal kerja, hal rumah, perasaan, perancangan serta banyak lagi. Luahan ini akan dibuat sehingga anda merasakan tiada apa lagi yang tinggal dalam pemikiran pada ketika itu.

Susun mengikut beberapa kategori

Selepas menulis semua perkara tersebut, anda perlu membacanya semula senarai yang telah dibuat dan susun mengikut beberapa kategori sebagai contoh:

  1. Soal kerja.
  2. Personal.
  3. Kesihatan.
  4. Emosi dan perasaan.
  5. Spritual serta lain lain.

Setelah anda mengklasifikasikan senarai tersebut, tandakan perkara yang manakah yang perlu diselesaikan dengan segera, mana yang tidak serta mana yang berada diluar kawalan.

Oleh itu, barulah anda boleh fokus untuk membuat tindakan. Jika anda menulisnya pada waktu malam anda boleh membuat persediaan ketika bangun pada keesokan harinya untuk menyelasaikan masalah tersebut.

Brain dumping boleh dilakukan pada bila-bila masa

Brain dumping ini juga boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan kerana ia tidak spesifik baik pada waktu pagi atau malam. Terutama jika anda rasa seperti tidak tentu arah dan tak tahu nak mula dari mana.

Masa yang diperlukan untuk membuat brain dumping ini sebenarnya tidaklah begitu lama, ia hanya memerlukan 10 hingga 15 minit sahaja.

Boleh tambah elemen lain

Selain itu, anda juga boleh menambah beberapa elemen di dalam brain dumping sebagai contoh perkara yang anda syukuri atau perkara yang anda pelajari.

Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu anda untuk melihat semula perjalanan kehidupan anda.

Malah dari situ juga anda dapat melihat perbezaan setiap masalah yang dihadapi itu perlu penting atau kita yang berfikir secara berlebihan terhadap sesuatu perkara.

Ini kerana kadangkala perasaan dan emosi yang tidak menentu sering kali membawa kita untuk berfikir tentang sesuatu perkara terlalu serius, walhal ia hanyalah satu isu yang kecil dan boleh diselesaikan dengan mudah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.