fbpx
Now Reading
Jangan Jadi Mangsa! Ini Tips Kesan ‘Hidden’ Kamera Yang Anda Perlu Tahu
tips kenal pasti hidden camera

Jangan Jadi Mangsa! Ini Tips Kesan ‘Hidden’ Kamera Yang Anda Perlu Tahu

Seperti baru-baru ini seorang gadis telah menemui sebuah kamera pengintip di dalam tandas sebuah inap desa di Jelutong, Pulau Pinang yang ditempahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemajuan teknologi yang semakin berkembang sememangnya memberi kesan yang positif kepada manusia khususnya apabila ia digunakan untuk perkara yang bermanfaat dan memberi kemudahan pada kehidupan kita.

Namun, ada juga yang menggunakan teknologi ini untuk memuaskan nafsu mereka sekali gus menganggu privasi dan keselamatan orang lain seperti meletakkan hidden camera atau dalam Bahasa Melayunya kamera tersembunyi di kawasan tersorok.

Meskipun fungsi asalnya ialah untuk memerhatikan sesuatu kawasan secara tersembunyi dari anasir yang tidak baik, penggunaan peranti ini bagaimanapun disalah gunakan oleh kebanyakan manusia iaitu untuk merakam gambar atau video yang tidak senonoh tanpa pengetahuan empunya badan.

Malah isu seperti ini telah banyak terjadi di beberapa kawasan awam sebagai contoh tandas awam, bilik persalinan baju, hotel serta banyak lagi di mana kebanyakan mangsa adalah kaum wanita.

Cara kesan ‘hidden’ kamera

Sebagai langkah keselamatan terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk mengesan kamera tersebut seperti yang dikongsikan oleh @nicswho di Twitter.

Menurutnya, cara itu adalah berdasarkan apa yang telah dibacanya di Google dan berharap ia dapat membantu terutama pada golongan wanita.

Antara cara yang boleh digunakan untuk mengesan kamera tersebut adalah:

#1 Guna Flash Light Telefon

Cara ini sesuai untuk digunakan di kawasan seperti bilik hotel atau dikawasan yang terdapat ruang.

Suluh lampu flash anda di ruangan yang ada tidak kiralah di objek atau di dinding dan sekiranya anda terlihat bayangan cahaya lampu flash itu bermaksud ia mempunyai kemungkinan terdapat kamera yang tersorok.

Cuba untuk perhatikan dengan betul, dan sekiranya anda yakin bahawa ia adalah kamera anda boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

#2 Guna kamera di telefon

Penggunaannya lebih kurang seperti lampu flash namun anda tidak perlu menyalakan lampunya.

Gunakan kamera di bahagian hadapan dan hala kepada kawasan yang disyaki. Sekiranya anda melihat ia mempunyai titik bercahaya seperti gambar di bawah:

Ia bermaksud terdapat kamera di kawasan itu dan ia sedang merangkam anda. Titik lampu tersebut merupakan lampu infrared yang kebiasaannya digunakan untuk kamera litar tertutup atau kamera lain untuk merakam dalam keadaan yang gelap.

Titik ini tidak dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar, namun ia mudah dikenal pasti jika dilihat dengan menggunakan lensa.

#3 Imbas sambungan wifi yang mencurigakan

Perkara ini turut membantu kerana ‘hidden’ kamera menggunakan wifi untuk memindahkan atau menghantar rakaman yang sedang dirakam kepada penerima sama ada ia menggunakan telefon mahupun komputer riba.

Oleh itu, apa yang boleh dilakukan adalah buka wifi anda dan cuba imbas alatan yang ada berdekatan serta periksa alatan yang mana kelihatan pelik atau mencurigakan.

Jika anda terlihat keluar paparan yang menunjukkan perkataan ‘Cam’ atau ‘Camera’ dan mempunyai isyarat yang yang kuat ia mungkin petunjuk terdapat kamera tersembunyi berdekatan anda.

Anda dinasihatkan untuk memberitahu pihak berkuasa untuk memeriksa kawasan tersebut.

#4 Lakukan pemeriksaan fizikal kepada semua komponen atau objek di dalam tandas

Perkara ini mungkin tidak digalakkan kerana kebersihan, namun ia tidak menjadi masalah sekiranya anda mahu membuat pemeriksaan atas faktor keselamatan. Sebagai contoh di mangkuk tandas, tempat flush, baldi, pintu serta di kawasan yang dirasakan boleh diletakkan kamera tersebut.

Seperti baru-baru ini seorang gadis telah menemui sebuah kamera pengintip di dalam tandas sebuah inap desa di Jelutong, Pulau Pinang yang ditempahnya.

Lebih mengejutkan ‘hidden camera’ tersebut dijumpai dalam sebuah bekas pewangi tandas di bilik air berkenaan kira-kira jam 8 malam pada 6 Februari 2024 yang lalu.

Tindakan gadis berkenaan membuat laporan selain kepantansan pihak polis membuat risikan akhirnya membawa kepada penangkapan seorang lelaki di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Ini merupakan beberapa cara yang boleh digunakan bagi mengesan ‘hidden’ kamera. Apa yang lebih penting adalah anda perlu sentiasa berwaspada dan buat pemeriksaan jika berasa curiga.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.