
“Mereka Dalam Fasa ARE..” – Anak Kerap Mengamuk & Baling Barang? Ini Yang Mak Ayah Perlu Lakukan
Fasa anak mengamuk dan baling barang merupakan fasa yang banyak menguji kesabaran. Namun, jika tahu tekniknya pasti anda tahu bagaimana untuk mengatasi situasi tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pasangan mana yang tidak bahagia apabila dikurniakan anak. Malah ia merupakan impian buat setiap pasangan yang berkahwin kerana anak merupakan satu anugerah dari tuhan yang tidak ternilai harganya.
Namun dalam kita membesarkan mereka, pasti ada waktunya di mana si kecil akan menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa dengan kerenah dan ragam mereka.
Antaranya adalah seperi marah-marah, menangis, mencampakkan barang, dan pelbagai.
Perkara ini kadang kala membuatkan anda sebagai ibu bapa hilang rasa sabar dan mula hendak menyinga juga.
Tetapi sebenarnya terdapat cara untuk anda masalah tersebut dengan memahami mereka seperti yang dikongsikan oleh Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr Redza Zainal di Twitter.
Menerusi perkongsiannya, ibu bapak perlu memahami dahulu bahawa anak-anak ini sebenarnya masih dalam fasa ARE.
ARE adalah:
#1 Autonomous Decision
Dimana mereka suka untuk membuat keputusan sendiri tanpa menghiraukan kata-kata kita, contohnya apabila dipujuk mereka masih juga mahu menangis atau melakukan sesuatu perkara walaupun sudah dilarang.
#2 Reptile Brain
Fasa ini anak lebih dikuasai oleh ‘reptile brain’ atau ’emotional brain’ yang membuatkan mereka mudah untuk marah dan mengamuk tanpa berfikir panjang.
#3 Egocentric
Fasa ini merupakan fasa dimana mereka lebih mementingkan diri sendiri dan sukar untuk berkongsi.
ii. Reptile Brain – anak kita lebih dikuasai oleh ‘reptile brain’ ataupun ‘emotional brain’. Jadi, si kecil mudah meledak dan mengamuk tanpa berfikir panjang
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) May 24, 2022
iii. Egocentric – anak kita dilihat pentingkan diri sendiri dan susah berkongsi.
Walau bagaimanapun, fasa ini tidak akan terus berlarutan sehingga kanak-kanak besar. Kebiasaanya ia terjadi ketika mereka dalam lingkungan usia dua hingga empat tahun dan selepas itu fasa ini akan berlalu.
Tugas mak ayah ialah:
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) May 24, 2022
🍪 Bertenang dan tak marah pada anak.
🍪 Ajar anak nama anggota badan sampai dia kenal. Contohnya, tangan.
🍪 Ajar berulang kali fungsi tangan anak yang sebenar. Contohnya:
• Tangan untuk pegang bola, untuk makan, untuk pegang cawan.
Ini langkah yang perlu ibu bapa lakukan
Oleh itu, sebagai ibu bapa kita perlukan berlapang dada ketika mereka masih dalam fasa ini dan boleh lakukan beberapa perkara untuk membantu anak.
– Bertenang dan tak marah pada anak.
– Ajar anak nama anggota badan sehingga dia kenal, seperti : tangan, kaki dan lain-lain.
-Ajar berulang kali fungsi tangan anak yang sebenar, sebagai contoh tangan untuk pegang bola, untuk makan, untuk pegang cawan dan sebagainya.
– Ajarkan anak batasan perlakuan (boundaries) seperti memukul adalah tidak dibenarkan, tak boleh baling barang dan lain-lain.
– Ulang semula fungsi tangan agar mereka mudah ingat.
– Pantau kandungan rancangan TV atau gajet yang ditonton oleh anak-anak.
Ia satu proses yang memakan masa tapi inilah tertib mendidik anak yang sesuai mengikut usia.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) May 24, 2022
Selain di Twitter dan FB, saya juga berkongsi ilmu keibubapaan dan kesihatan kanak kanak dengan 160,000 sahabat di 👉🏻 https://t.co/1SKx1HT7B4
Perkara ini merupakan satu proses yang memakan masa. Namun inilah tertip mendidik anak yang sesuai mengikut usia mereka.