fbpx
Now Reading
Wanita Ini Kongsi 3 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Anak Hilang Di Tempat Awam [Video]
Wanita ini kongsi tips yang perlu dilakukan jika anak hilang

Wanita Ini Kongsi 3 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Anak Hilang Di Tempat Awam [Video]

Situasi kehilangan anak sememangnya membuatkan ibu bapa panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain cuba memanggil nama anak. Namun, sebenarnya terdapat 3 cara yang boleh dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mempunyai cahaya mata adalah satu perkara yang sering diidam-idamkan oleh setiap pasangan yang berkeluarga.

Tetapi tidak dapat dibayangkan jika mereka ini hilang dari pandangan mata kita terutama ketika berada di tempat awam. Ia pasti akan menjadi satu mimpi buruk yang tidak dapat dilupakan.

Mereka yang bergelar ibu bapa mungkin pernah mengalami situasi di mana anak hilang ketika anda berada di tempat awam.

Situasi ini pasti sahaja membuatkan anda berasa tidak keruan serta panik memikirkan keselamatan anak-anak kerana bimbang jika sesuatu yang buruk terjadi kepada mereka atau di culik oleh individu yang tidak dikenali.

Perkara seperti ini juga sering dikongsikan di dalam media sosial seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Riena Lum yang berkongsikan sebuah video yang dihantar kepadanya yang memaparkan seorang bapa yang sedang mencari anaknya dengan memanggil nama kanak-kanak tersebut.

Kongsi tips yang perlu dilakukan jika anak hilang

Dia yang merupakan bekas seorang peguam kemudiannya telah berkongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan oleh para ibu bapa atau penjaga sekiranya berdepan dengan situasi tersebut.

Jom ikuti tips Riena Lum di bawah:

#1 Beritahu umur dan pakaian yang digunakan oleh anak.

Kebiasaanya apabila kanak-kanak hilang, kita akan cenderung untuk memanggil nama mereka. Perkara ini sebenarnya kurang bersesuaian, sebaliknya anda digalakkan untuk menjerit umur, pakaian yang digunakan ketika hilang seperti warna atau corak serta rupa anak anda.

Sebagai contoh:

“Saya sedang mencari kanak-kanak berumur 5 tahun, memakai baju putih dan kasut hitam dan memakai seluar pendek berwarna merah!”.

Dengan menjerit seperti ini, ia sebenarnya memudahkan mata-mata orang awam yang lain untuk turut membantu anda dalam mencari anak anda.

#2 Beritahu atau jelaskan bagaimana bentuk fizikal anak anda

Sebagai contoh beritahu orang awam anak anda yang hilang adalah seorang lelaki, berambut pendek, berkulit cerah dan ketinggian pada paras lutu atau pingang.

Ini dapat memberikan mesej yang lebih jelas kepada orang awam kerana ia membantu mereka untuk mengenal pasti anak anda.

#3 Perhatian orang awam akan membuatkan penculik berasa takut

Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa berwaspada kerana kes jenayah seperti menculik boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Dengan perhatian yang diberikan oleh orang awam apabila anda menjerit dan menjelaskan bagaimana anak anda, perkara ini akan membuatkan penculik merasa takut kerana lebih banyak mata yang akan memandang mereka.

Harap tips ini dapat membantu anda sekiranya berada di dalam situasi ini atau anda mungkin boleh menjadi mata-mata kepada ibu bapa yang sedang mencari anak mereka.

Rujuk video di bawah :

@reinalum This child was found, thank god. But please share this #parentingtips #lostchild #anakhilang #fypmalaysia #tiktokmalaysia #viralmalaysia ♬ original sound – Reina Lum

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.