fbpx
Jangan Baring Jika Hidung Berdarah! Lakukan 6 Langkah Penting Ini

Jangan Baring Ketika Hidung Berdarah! Lakukan 6 Langkah Penting Ini Pada Hidung Anda

Hidung berdarah adalah satu situasi yang tidak dapat dijangka bila akan berlaku. Antara tips penting adalah jangan baring ketika hidung berdarah!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hidung merupakan salah satu organ yang digunakan untuk bau, namun pernahkah anda mengalami satu situasi apabila keluar darah secara tiba-tiba pada hidung?

Situasi ini pasti membuatkan anda panik dan tidak tahu apa yang patut dilakukan tatkala melihat darah keluar dari hidung tanpa mengetahui puncanya.

Ketika berada di situasi ini pasti bermacam-macam perkara yang akan anda lakukan antaranya adalah membersihkan darah tersebut. Namun, apa yang paling penting adalah anda dilarang untuk baring ketika hidung anda sedang berdarah.

Ini kerana, tindakan tersebut adalah sangat bahaya dan boleh menyebabkan darah masuk ke paru-paru anda.

Oleh itu, anda boleh melakukan enam langkah seperti yang dikongsikan di Twitter @MedTweetMYHQ agar ia dapat membantu merawat masalah hidung berdarah anda.

#1 Jangan Panik

Foto: Pexels

Pastikan anda berada dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk ke hadapan. Ini adalah untuk mengelakkan darah mengalir ke belakang hidung dan berpotensi masuk pada paru-paru anda.

#2 Picit bahagian hadapan hidung

Foto: Twitter @MedTweetMYHQ

Anda perlu memicit bahagian hadapan hidung yang lembut dengan menggunakaan ibu jari dan jari telunjuk anda selama lima minit.

Berhadapan situasi seperti ini, anda disarankan untuk bernafas menggunakan mulut buat seketika.

#3 Ambil ketulan ais

Foto: mStar

Ambil ketulan ais kecil dan masukkan ke dalam plastik atau bungkusan kain, kemudian tuam pada bahagian dahi anda.

#4 Kemam ais

Foto: Pixabay

Anda juga boleh kemam ketulan ais yang kecil di dalam mulut anda bagi membantu untuk mengecutan saluran darah.

#5 Darah dalam mulut

Foto: Pexels

Jika terdapat darah mengalir di dalam mulut, jangan telan dan segera ludahkan keluar. Kebiasaanya pendarahan akan berhenti selepas beberapa langkah di atas.

#6 Masih berdarah

Foto: SehatQ

Sekiranya semua langkah di atas telah dilakukan dan hidung anda masih lagi berdarah, anda disarankan untuk segera ke Jabatan Kecemasan hospital yang terdekat kerana berkemungkinan pendarahan tersebut berpunca daripada sesuatu yang serius.

Apa yang paling penting adalah jangan baring dan berjumpa dengan doktor sekiranya darah tidak berhenti atau situasi seperti ini kerap terjadi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.