
Hentikan Tabiat Mengorek Telinga, Ketahui Lima Fungsi Tahi Telinga Anda
Tabiat mengorek telinga perlulah dihentikan kerana ia akan mengakibatkan kecederaan pada gegendang telinga. Sebaliknya ketahui lima fungsi tahi telinga.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Segelintir dari kita pasti gemar mengorek telinga. Namun tabiat ini sebenarnya boleh mengakibatkan kecederaan pada telinga.
Baru-baru ini, seorang doktor Pakar Bedah Telinga, Hidung, dan Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam telah berkongsi satu kes rujukan membabitkan seorang pesakit yang mengalami masalah gegendang telinga pecah atau bocor.
Menurut Mohd Shaiful, perkara itu terjadi akibat tabiat individu berkenaan yang suka mengorek telinga.
Antara gejalanya, pesakit ini mengadu sakit di telinga kiri, kurang dengar serta bunyi berdesing. Kesemua 3 gejala ini terjadi sebaik sahaja beliau mengorek tahi telinga menggunakan besi kecil (sprti dlm gambar). Putik kapas disebelahnya juga digunakan. pic.twitter.com/RbwvDeJQXS
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) July 12, 2022
Pesakit dah lama ada tabiat korek telinga
Jelas beliau, pesakit telah mengadu mengalami rasa sakit pada telinga bahagian kiri, kurang dengar dan dengar bunyi berdesing, di mana ketiga-tiga gejala tersebut terjadi selepas pesakit mengorek tahi telinga dengan menggunakan besi kecil serta putik kapas.
Katanya, pesakit turut datang ke klinik dengan membawa putik kapas dan besi dan memberitahu sudah lama mempunyai tabiat mengorek telinga.
Tak perlu korek tahi telinga
Doktor Shaiful turut memaklumkan bahawa kita sebenarnya tidak perlu untuk mengorek tahi telinga kerana ia mempunyai mekanisma tersendiri untuk menolak keluar tahi tersebut seperti kunyahan mulut, pergerakan rahang serta pertumbuhan kulit dalam telinga.
Tahukah anda, tahi telinga a.k.a earwax @ lilin telinga TIDAK PERLU dikorek. Ia sudah pun mempunyai mekanisma tersendiri tanpa kita sedar melalui kunyahan mulut, pergerakan rahang & pertumbuhan kulit dlm telinga yg akan menolak keluar. (AAO-HNS)
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) July 12, 2022
Tahi telinga ada lima fungsi:
# Bersifat kalis air iaitu mencegah air dari meresap masuk ke dalam saluran telinga.
# Tahi telinga bersifat anti-bakteria untuk melindungi telinga daripada jangkitan dan pembiakan bakteria serta kulat.
# Ia juga bersifat asid untuk melembabkan kulit halus yang ada disekitar saluran telinga.
# Tahi telinga juga membantu untuk menghalang serangga-serangga kecil seperti semut, lalat dan nyamuk dari masuk ke dalam telinga.
# Seterusnya, tahi telinga bertujuan untuk mengeluarkan kotoran dan habuk dari dalam saluran telinga.
Menurut Shaiful, lima fungsi di atas merupakan sebab mengapa doktor dan pakar ENT melarang pesakit-pesakit dari mengorek telinga.
4) Menghalang kemasukan serangga-serangga kecil seperti semut, lalat & nyamuk
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) July 12, 2022
5) Mengeluarkan kotoran & habuk dalam saluran telinga.
Ini antara 5 FUNGSI tahi telinga kita. Sebab itu Doktor2 Pakar ENT MELARANG pesakit2 mereka mengorek telinga.
Korek telinga selalu akan menyebabkan tahi terkumpul dan tersumbat

Ini kerana, apabila tahi telinga sentiasa dikorek ia secara tidak langsung telah menyebabkan tahi tersebut tertolak ke bahagian tengah saluran telinga dan akan menyebabkan ia akan terkumpul serta tersumbat.
Keadaan itu juga akan menyebabkan berlakunya masalah pendengaran seperti berdesing dan kurang dengar.
Lebih memburukkan keadaan lagi jika ia menyebabkan luka serta radang telinga luar dan tengah, ia juga boleh mengakibatkan berlakunya kecederaan kepada gegendang telinga seperti kes yang berlaku kepada pesakitnya.
Lebih parah lagi ia boleh menyebabkan luka & radang telinga luar & tengah.
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) July 12, 2022
Ia juga boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga seperti yang berlaku kepada pesakit saya ini. pic.twitter.com/a36EkYngoJ
Gunakan ubat titisan untuk lembutkan tahi telinga
Namun, pasti ada yang tertanya bagaimana untuk membersihkan telinga anda jika terdapat banyak tahu telinga dan rasa tersumbat?
Caranya adalah gunakan ubat titis telinga untuk melembutkan tahu telinga yang keras dan jika masih lagi rasa tersumbat dan bergejala, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan daripada pakar ENT.
Habis tu Doktor, nak buat macam mana jikalau dah banyak sangat tahi telinga & rasa tersumbat?
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) July 12, 2022
Gunakan ubat titis telinga untuk lembutkan tahi telinga yang keras.
Jikalau masih lagi rasa tersumbat & bergejala, segera dapatkan pemeriksaan Pakar ENT.#MedTweetMYORLHNS