
Perasaan Yang Sukar Digambarkan, Doktor Ini Kongsi 9 Cara Atasi Rasa ‘Kosong’ Dalam Diri
Rasa kosong adalah suatu perasaan yang sukar digambarkan dan kebiasaanya terjadi kepada mereka yang mengalami masalah mental.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penyakit mental bukanlah satu penyakit yang asing lagi bagi masyarakat pada masa kini. Malah kesedaran berkaitan penyakit mental ini semakin diperluaskan agar mereka yang mengalaminya sedar dan segera mendapatkan rawatan.
Ada masanya mereka yang mengalami masalah mental ini mempunyai rasa ‘kosong’ dalam diri serta tidak tahu bagaimana untuk diluahkan.
Bagi seseorang yang normal mungkin sedikit sukar untuk anda memahami satu perasaan yang spesifik ini. Tetapi, sebenarnya perasaaan ini adalah sesuatu yang selalu dialami oleh mereka yang mempunyai masalah mental.
Bagi kita yang tak alami mungkin sukar nak faham satu rasa yang spesifik ini. Namun ia adalah antara perasaan yang sering dialami mereka yang diuji dengan masalah mental.
— Rozanizam Zakaria (@DrRozanizam) July 14, 2022
Baru-baru ini, seorang pakar psikitatri dan pensyarah iaitu Doktor Rozanizam Zakaria telah berkongsi tentang bagaimana caranya untuk mengatasi rasa kosong atau Chronic Emptiness dalam diri.
Apa itu Chronic Emptiness?
Chronic Emptiness ini sebenarnya boleh terjadi kepada seseorang yang mengalami kemurungan contohnya unipolar atau bipolar depression, persisten depressive disorder, gangguan personaliti seperti boderline personality disorder.
Chronic emptiness boleh berlaku pada individu yang alami kemurungan (unipolar/bipolar depression, persistent depressive disorder), gangguan personaliti seperti borderline personality disorder.
— Rozanizam Zakaria (@DrRozanizam) July 14, 2022
Manakala secara saintifiknya pula, menurut ‘Miller et al‘, perasaan kekosongan kronik yang dialami seperti satu perasaan yang tidak berhubung antara diri sendiri mahupun orang lain, ‘a sense of numbness and nothingness’ yang selalu terjadi dan mengurangkan fungsi kapasiti. Perasaan yang seperti tiada tujuan dan sesuatu yang tak tercapai..”
"Chronic feelings of emptiness are experienced as a feeling of disconnection from both self and others, and a sense of numbness and nothingness which was frequent and reduced functional capacity. Feelings of purposelessness and unfulfillment.." (Miller, et. al, 2021)
— Rozanizam Zakaria (@DrRozanizam) July 14, 2022
9 Cara untuk atasi rasa kosong:
#1 Konsiten dengan rawatan

Individu yang telah berjumpa dengan doktor anda disarankan untuk konsisten dengan ubat serta terapi kerana gejala itu boleh menjadi residual symptoms yang menunjukkan penyakit utama anda seperti depression yang belum betul-betul sembuh.
#2 Hargai setiap perkara yang dilakukan

Walaupun sesuatu perkara itu nampak kecil seperti bangun tidur, kemas katil anda perlu untuk menghargai usaha tersebut.
Cuba beritahu diri anda bahawa anda berjaya lakukan perkara tersebut walaupun ia nampak mudah tetapi sebenarnya ia memberi kesan yang baik pada diri.
Hal ini penting, anda juga boleh muhasabah daripada ayat dalam surah Al-Zalzalah ayat 7-8 yang menyatakan:
“Dan barang siapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung, dan barang siapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung”
Oleh itu, sedangkan Allah SWT menghargai kebaikan yang dilakukan walau sebesar zarah, adalah baik untuk kita juga hargai kebaikan kecil yang kita lakukan untuk diri sendiri.
2. Hargai setiap perkara kecil yang anda lakukan. Acknowledge dan appreciate walaupun perkara yang anda lakukan itu Kecil. Contohnya, anda bangun tidur, anda kemas katil. Acknowledge this small achievement.
— Rozanizam Zakaria (@DrRozanizam) July 14, 2022
#3 Buat baik dengan orang lain

Berbuat baik dengan orang lain adalah satu amalan yang mulia, tidak kisah apa kebaikan yang ingin dilakukan seperti bantu-membantu antara satu sama lain atau saling menghormati juga adalah antara perbuatan yang baik.
Ia adalah bergantung kepada kemampuan anda.
#4 Muhasabah diri setiap hari

Anda disarankan untuk muhasabah diri pada setiap hari dengan melakukan catatan seperti 3 perkara yang disyukuri, perkara baik yang terjadi pada anda atau benda yang anda hargai.
Jika rasa down, buka semula catatan yang dituliskan dan bacakan pada diri sendiri kerana ia dapat membantu anda untuk bangkit semula.
#5 Cari minat

Adakalanya mempunyai masa terluang yang banyak membuatkan anda rasa kosong. Oleh itu cuba sibukkan diri seperti cari sesuatu yang anda minat seperti aktiviti, hobi atau sebagainya yang dapat mengisi masa anda.
4. Setiap hari biasakan muhasabah, catat 3 perkara yang kita syukuri, yang baik jadi pada kita, yang kita hargai. Bila rasa down, buka semula catatan ini dan bacakan pada diri sendiri.
— Rozanizam Zakaria (@DrRozanizam) July 14, 2022
5. Cari minat, aktiviti, hobi atau apa jual yang membantu anda occupy masa anda.
#6 Elak berseorangan

Cuba elak diri anda berseorangan, cari teman kerana rasa kosong akan mudah datang apabila anda berseorangan.
#7 Bina hubungan dengan orang lain

Seseorang yang merasa kosong kebiasaanya mahukan satu perikatan. Oleh itu, anda mungkin boleh cuba untuk bergaul atau bina jaringan persahabatan dengan orang lain.
#8 Amalkan swacinta

Kebahagian diri adalah sangat penting. Oleh itu, anda perlu mengamalkan sesuatu perkara yang menyayangi diri anda sendiri.
6. Elakkan berseorangan. Rasa kosong ni memang suka datang bila kita seorang diri.
— Rozanizam Zakaria (@DrRozanizam) July 14, 2022
7. Bina hubungan dengan orang lain. Orang yang kosong ini selalunya crave for attachment.
8. amalkan swacinta – yang ni saya dah ulas dalam posting lepas dan dalam buku Solusi Stres.
#9 Bina kekuatan spiritual (rohani)

Banyakkanlah untuk mengingati Allah, rahmat serta kasih sayang Allah.
Anda perlu tahu bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita dalam apa jua keadaan yang dialami.
Kekuatan dari segi spiritual (rohani) juga banyak membantu anda untuk keluar dari rasa kekosongan yang dialami.
8. Bina kekuatan spiritual. Banyakkan mengingat Allah, rahmat dan kasih sayang Allah, mengingatkan diri yang Allah sentiasa bersama dengan kita.
— Rozanizam Zakaria (@DrRozanizam) July 14, 2022
Sumber gambarhttps://t.co/2nHhQAvdlQ#solusistres
Semoga sembilan tips yang dikongsikan ini bermanfaat kepada yang membaca serta memberi kesedaran lebih lagi bagi mereka yang di luar sana.
Anda mungkin bukan pesakit mental tetapi dengan tips ini ia mungkin dapat membantu orang sekeliling anda yang sedang mengalaminya.
Kredit foto: Freepik