
6 Kemahiran Yang Anak Bawah 2 Tahun Perlu Kuasai Sebelum Mereka Mula Bercakap
Perkembangan anak-anak ada kalanya cepat dan ada masanya sedikit lambat, tetapi anda perlu pastikan enam kemahiran ini sudah mereka kuasai sebelum mula bercakap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pasangan suami isteri mana yang tidak bahagia apabila mempunyai zuriat sendiri. Keletah dan ragam si anak yang comel pasti membuat anda terhibur.
Namun, buat mereka yang baru bergelar ibu bapa atau baru mempunyai anak, ada beberapa kemahiran yang perlu anak anda kuasai sebelum mereka mula untuk bercakap.
Baru-baru ini seorang guru pendidikan awal kanak-kanak, Aishah Suhaimi telah berkongsi di Twitter tentang enam kemahiran yang perlu anak di bawah 2 tahun kuasai sebelum mereka mula bercakap.
6 kemahiran tersebut adalah:
#1 Kontak mata (Eye-contact)

Pernahkan anda berada dalam situasi ketika memanggil anak mereka tidak memberikan kontak mata?
Antara sebabnya berlaku perkara tersebut adalah ibu bapa kurang memberikan kontak mata pada anak-anak.
Sewaktu bercakap atau memberikan arah pada si kecil, pastikan anda pandang pada mata dan duduk dalam kedudukan yang sama dengan mereka.
1. Eye-contact (Kontak Mata)
— عيشه (@aishahshm_) July 17, 2022
Salah satu sebab anak buat tak tahu bila dipanggil adalah parents kurang bagi eye contact pada anak.
Bila bercakap atau bagi arahan pada anak, make sure pandang mata anak dan duduk sama level dengan mereka.
#2 Tumpuan (Attention)

Waktu tumpuan bagi kanak-kanak di bawah enam tahun adalah kurang daripada 30 minit. Oleh itu, pastikan anda tidak menggunakannya lebih daripada masa yang diberikan.
Anda juga boleh mengira berapa waktu tumpuan sebenar mengikut umur si kecil anda, sebagai contoh:
2 tahun x 2 minit = 4 minit
3 tahun x 2 minit = 6 minit
Jadi waktu tumpuan untuk anak umur 2 tahun adalah di antara 2 minit – 4 minit.
3. Turn Taking (Mengambil Alih)
— عيشه (@aishahshm_) July 17, 2022
Untuk anak mahir dalam skill turn taking ni, parents kena banyak bermain dengan anak dan modelling depan anak cara bermain dan berkongsi.
Turn taking skill ni sangat penting dalam social skill anak anak tau, so ibu ayah kena teamwork demi anak!
#3 Mengambil alih (Turn taking)

Ibu bapa perlu banyak bermain dengan si cilik dan menjadi model di depan anak tentang bagaimana cara bermain serta berkongsi agar mereka dapat mengaplikasikan kemahiran turn taking (mengambil alih) tersebut.
Kemahiran untuk mengambil alih ini adalah sangat penting buat anak-anak dalam kemahiran sosial mereka, jadi ibu bapa perlu bersama melakukannya untuk anak yang tersayang.
#4 Meniru (Imitation)

Tidak dinafikan anak-anak memang banyak meniru apa yang orang disekeliling mereka lakukan dan ia bermula seawal usia tujuh ke lapan bulan, sebagai contoh ‘bye-bye’, ‘hi’, ‘mama’ atau ‘dada’.
Pada peringkat ini banyakkan menyanyi, menari dan membaca bersama dengan si cilik. Anda juga boleh menggunakan anak patung ketika melakukan aktiviti.
Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi anak untuk memberi respon.
5. Play (Bermain)
— عيشه (@aishahshm_) July 17, 2022
Kita tak boleh expect anak akan pandai main, sebab tu pentingnya modelling depan anak dulu cara bermain mainan dengan betul.
Dan dari situ anak akan belajar dan lahirnya skill bermain dalam diri anak.
#5 Bermain

Anak akan belajar kemahiran bermain berdasarkan apa yang kita lakukan di hadapan mereka. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu bermain mainan dengan betul.
Dari situlah anak akan mula belajar serta akan memantapkan kemahiran bermain dalam diri mereka.
#6 Memadankan (Matching)

Kemahiran memadan adalah satu perkara asas yang si cilik perlu mahir sebelum kita nak ajar mereka membaca, menulis atau mengira.
Jadi ibu bapa anda boleh lakukan aktiviti yang mudah seperti padankan gambar atau objek.
Malah sekarang juga ada banyak buku, mainan yang dijual sesuai dengan aktiviti memadan ini, atau jika nak lebih bermakna anda juga boleh mereka sendiri untuk anak-anak.
Kerapkan bersembang dan bermain dengan anak kalau nak anak mahir dalam 6 skill penting ni.
— عيشه (@aishahshm_) July 17, 2022
Selagi mana anak masih dalam track perkembangan yang betul, dont worry much. Sebab perkembangan setiap anak berbeza beza. Trust the process.
Sebagai ibu bapa anda juga dinasihatkan untuk kerap berbual dan bermain dengan si kecil sekiranya mahu mereka mahir dalam enam kemahiran yang telah disenaraikan.
Sekiranya mereka masih dalam track perkembangan yang betul, ibu bapa tidak perlu risau kerana setiap anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.
Apa yang penting adalah terus berusaha dan percaya dengan apa yang dilakukan.
Semoga enam kemahiran ini dapat membantu mereka yang mempunyai anak di luar sana terutama bagi ‘first time parents’.