fbpx
Now Reading
Doktor Ini Kongsi 10 Tanda Anda Menghidap Pre-Diabetes [Video]
10 tanda pre diabetes

Doktor Ini Kongsi 10 Tanda Anda Menghidap Pre-Diabetes [Video]

Seseorang yang memiliki bacaan gula dalam rendah bernilai 5.4 hingga 6.4 perlu berhati-hati dan hendaklah menjaga kesihatan dengan baik kerana anda mungkin berada dalam kategori mempunyai pre-diabetes.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Makanan atau minuman yang manis sememangnya menjadi kegemaran ramai, malah rasa yang enak membuatkan ada segelintir di antara kita menjadi ketagih kepada benda yang manis.

Tidak dinafikan makanan manis seperti kek, coklat, gula-gula dan banyak lagi mempunyai rasa yang sedap dan tidak salah jika anda mahu memakannya.

Namun, pengambilan yang tidak terkawal mungkin akan menyebabkan anda berhadapan dengan masalah kesihatan seperti kencing manis atau diabetes.

Doktor kongsi 10 petanda pre-diabetes

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Nordin Darus telah berkongsi di TikTok miliknya tentang tanda-tanda seseorang akan mengalami masalah kencing manis atau dipanggil pre-diabetes.

Menurutnya jika bacaan gula dalam darah bernilai 5.6 hingga 6.4 itu sebenarnya dikira sebagai pre-diabetik sebelum disahkan menghidap diabetes.

Jom kami kongsikan kepada anda 10 petanda penting ini:

#1 Kulit ketiak hitam

Foto: Freepik

Menurutnya apabila kulit di bahagian ketiak, pelipat serta celah kelangkang berubah warna menjadi hitam ia adalah salah satu petanda anda mempunyai pre-diebetes.

#2 Kemurungan

Anda sering berasa stress sehingga menyebabkan berlakunya kemurungan dan selalu rasa down.

#3 Pelupa

Seseorang itu merasakan memorinya seperti sudah berkurangan dan kabur atau dalam kata senang untuk difahami anda menjadi semakin pelupa.

#4 Senang letih

Foto: Freepik

Seperti yang kita tahu, mempunyai glucose (glukosa) yang banyak di dalam badan turut membuatkan seseorang mudah berasa letih dan lesu.

#5 Perut boroi

Selama ini kita selalu memikirkan apa yang menyebabkan seseorang itu mempunyai perut yang boroi, tapi tahukah anda jika anda memiliki perut yang boroi anda sebenarnya perlu berhati-hati kerana sudah berada di kategori pre-diabetes.

#6 PCOS

PCOS atau polycystics ovary syndrome merupakan satu penyakit yang dihadapi dikalangan wanita, ia mempunyai banyak sebab mengapa seseorang wanita itu berdepan dengan masalah ini.

Antara salah satunya adalah mungkin anda di kategorikan dalam pre-diabetes.

#7 Cepat lapar

Foto: Freepik

Mereka yang mengalami pre-diabetes turut mempunyai simptom seperti cepat berasa lapar sebagai contoh setiap selang dua jam anda akan berasa lapar kembali.

#8 Luka sukar baik dan kencing kerap

Jika mereka yang menghidapi kencing manis perkara yang ditakuti adalah apabila terdapat luka di bahagian badan, dan sekiranya anda menyedari luka anda lambat untuk pulih, adalah lebih baik agar segera membuat ujian gula dalam darah.

Cuba lihat rutin pembuangan anda, jika anda mulai sedar anda kerap kencing dan ia tidak seperti kebiasaan selain membuatkan ada cepat berasa dahaga ia adalah salah satu petanda bagi mereka yang mempunyai pre-diabetes.

#9 Gatal pada kulit

Senang berasa gatal pada bahagian kulit sehingga membuatkan anda rasa tidak selesa.

#10 Mata kelabu

Mereka yang mempunyai masalah pre-diabetes juka berdepan dengan risiko seperti penglihatan tidak jelas disebabkan telah menjadi kelabu.

Ngeri juga apabila mendengar 10 tanda yang diberikan oleh doktor ini. Namun belum terlambat untuk mengubah gaya pemakanan anda dengan mengambil makanan yang lebih sihat dan mengurangkan pengambilan gula secara perlahan-lahan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.