
6 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Jika Tiba-Tiba Sakit Perut Dalam Kereta
Situasi seperti sakit perut ketika di dalam kereta membuatkan seseorang tak senang duduk terutama jika tersekat dalam kesesakkan jalan raya, ini 6 tips yang boleh digunakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Insiden seperti sakit perut merupakan sesuatu perkara yang tidak dapat dijangka bila akan berlaku.
Lebih parah lagi jika anda mengalami situasi ini secara tiba-tiba, ketika sedang memandu atau berada di dalam kereta.
Bukan sahaja tidak tentu arah, malah perjalanan untuk ke tandas juga terasa begitu jauh dan adakalanya mungkin ketika itu anda juga tersekat di dalam kesesakkan jalan raya.
Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan iaitu Khairul Hafidz telah berkongsi di laman Twitter miliknya tentang beberapa langkah yang boleh dilakukan sekiranya anda berdepan dengan situasi ini.
6 tips yang boleh dilakukan jika anda sakit perut dalam kereta:
#1 Bertenang

Tak dinafikan ketika berdepan dengan situasi ini sudah tentu kita mahu cepat untuk mencari tandas kerana perut yang sudah memulas menandakan ketidak selesaanya.
Namun, dalam kita menunggu untuk sampai ke destinasi untuk menunaikan hajat dihati itu kita perlulah bertenang terlebih dahulu dan tidak berkelakuan tidak tentu arah kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan terutama jika anda sedang memandu.
#2 Kawal pernafasan

Cuba kawal pernafasan anda dan hirup udara dengan menggunakan hidung lalu dihembus melalui mulut.
Teknik ini boleh dilakukan secara perlahan-lahan serta dapat membantu anda untuk kekal tenang menghadapi situasi ini.
#3 Ubah kedudukan

Tahukah anda kedudukan juga memainkan peranan yang penting untuk mengawal keadaan ini, anda disarankan untuk duduk sedikit senget mungkin posisi ini dapat membantu badan menjadi sedikit relax.
Apa boleh buat jika sakit perut di dalam kereta?
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) September 19, 2022
1. Bertenang dan relax.
2. Kawal pernafasan. Hirup udara dengan hidung, hembus di mulut. Buat perlahan-lahan.
3. Ubah sedikit kedudukan, tidak duduk menegak, boleh duduk senget sedikit.
#4 Tekan punggung

Sekiranya anda duduk dalam keadaan menegak cuba tekan punggung lebih kuat di kerusi. Ini juga dapat membantu anda untuk berdepan dengan situasi kritikal seperti ini.
#5 Elakkan terlalu banyak pergerakan

Keadaan perut yang tidak selesa sememangnya membuatkan anda tidak senang duduk serta asyik memikirkan tentang tandas.
Tetapi cuba untuk kurangkan daripada banyak bergerak. Malah dengan pergerakan yang kurang ia mungkin dapat membantu anda untuk kekal fokus dan bertenang ketika berada di dalam kenderaan.
#6 Cuba alihkan perhatian

Fikiran anda pada ketika ini mungkin akan fokus kepada sakit yang sedang di alami, namun cuba perlahan-lahan untuk alihkan perhatian anda dengan cara mendengar muzik, memikirkan tentang perkara yang lain atau melihat permandangan di luar.
Perkara ini secara tidak langsung, dapat membantu anda untuk tidak memberi fokus yang lebih hanya kepada kesakitan yang dialami sahaja.
4. Jika duduk menegak, tekan punggung lebih kuat di kerusi.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) September 19, 2022
5. Elakkan terlalu banyak pergerakan.
6. Cuba untuk alih perhatian; dengar musik, fikir perkara yang lain, lihat permandangan luar.
Semoga bermanfaat dan berjaya menahan untuk buang air besar.
Semoga perkongsian tips ini dapat membantu anda, terutama jika berdepan dengan situasi kritikal seperti kesesakan lalu lintas dan sebagainya.
Apa yang penting jangan panik, sentiasa bertenang pasti anda akan sampai ke destinasi tepat pada waktunya.