Tampil Cergas & Keluar Bersiar Lepas 4 Hari Beranak, Dr Amalina Kongsi Tips Penjagaan Lepas Bersalin

Mengendalikan bayi dan diri sendiri selepas bersalin bukanlah sesuatu perkara yang mudah terutama bagi mereka yang baru pertama kali bergelar ibu.

Sudah tentu banyak perkara yang perlu dipelajari dan dibiasakan. Malah, proses untuk si ibu kembali cergas dan aktif selepas bersalin juga memakan masa yang lama dan bergantung kepada keadaan diri individu berkenaan.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila ramai kagum melihat Dr Amalina Che Bakri yang baru sahaja bersalin namun kelihatan cergas dan aktif sehingga ada yang bertanya apakah yang diamalkan olehnya.

Dia kemudian telah berkongsi beberapa tips penjagaan yang boleh diamalkan oleh para ibu berpantang berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalamannya sendiri sebagai seorang doktor.

Jom kami kongsikan kepada para ibu di luar sana.

#1 Amal makanan sihat & seimbang

Foto: Freepik

Pemakanan yang sihat dan seimbang mampu membantu untuk mendapatkan badan yang sihat. Para ibu boleh makan makanan seperti sayur-sayuran, buah dan kurangkan pengambilan garam, gula dan juga minyak.

Malah anda disarankan makan secara sederhana untuk mengekalkan berat badan yang ideal dan tidak perlu untuk berpantang seperti ayam dan telur sekiranya tidak mempunyai alahan.

#2 Minum air kosong

Tidak dapat dinafikan lagi pengambilan air kosong merupakan perkara yang sangat penting dan anda boleh mengambil 2 -3 liter sehari serta kurangkan pengambilan minuman yang manis seperti milo, air bertin dan sebagainya.

#3 Tingkatkan intensiti aktiviti

Anda juga boleh meningkatkan intensiti aktiviti harian secara beransur-ansur sebagai contoh dalam tempoh 6 minggu pertama jangan angkat barang yang lebih berat dari bayi anda.

#4 Lakukan senaman ringan

Foto: Freepik

Sekiranya anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda juga boleh melakukan senaman ringan apabila sudah bersedia.

Hal ini termasuklah seperti berjalan kaki bagi mengelakkan darah beku, senaman kegel (pelvic floor exercise) dan juga senaman perut.

Namun bagi senaman berimpak tinggi seperti berlari atau senaman aerobik anda digalakkan untuk menunggu sehingga 6 minggu.

Sekiranya pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna menjadi merah jambu atau merah selepas melakukan aktiviti, anda mungkin telah melakukannya secara berlebihan.

Oleh itu, cuba kurangkan aktiviti dan pastikan diri anda mendapatkan rehat yang cukup.

Anda juga boleh menggunakan stokin compression TED bagi mengelakkan dari berlakunya darah beku.

#5 Jaga kebersihan

Basuh bahagian sulit dengan menggunakan air bermula dari bahagian depan ke belakang dan lap sehingga kering.

Tukarkan tuala wanita atau maternity pad setiap 3-4 jam. Sekiranya anda bersalin secara pembedahan atau C-section bersih dan lap bahagian luka sehingga kering.

Anda juga digalakkan untuk memakai pakaian longgar dan seluar dalam jenis cotton serta ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen kerana ia selamat bagi ibu yang menyusukan anak.

Jaga kebersihan dan mandi pada setiap hari.

#6 Senaman kegel

Bagi menguatkan otot di bahagian pelvis anda disarankan untuk melakukan senaman kegel.

#7 Elakkan hubungan seks

Foto: Shvets via pexels

Sekiranya anda baru sahaja melahirkan anak, elakkan daripada melakukan hubungan kelamin bersama pasangan sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.

#8 Jaga kesihatan mental

Tidak dinafikan adakalanya proses selepas bersalin membuatkan si ibu terlalu penat hingga menjadi tertekan.

Oleh itu, para ibu diluar sana anda perlu menjaga kesihatan mental dan tidak terlalu tertekan serta cuba nikmati perjalanan menjadi seorang ibu.

Waktu begini sokongan daripada suami dan keluarga juga sangat membantu si ibu untuk mendapatkan kesihatan mental yang baik.

Dr Amalina dalam masa turut berpesan bahawa gaya hidup yang sihat ini perlu diamalkan seumur hidup dan bukan hanya dilakukan semasa tempoh berpantang sahaja.

Harap tips yang diberikan ini, dapat memudahkan para ibu di luar sana. Semoga anda dan bayi sentiasa ceria dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Foto: IG Dr Amalina Bakri

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago