Wanita Ini Bongkar Rahsia Berjaya Hilang Hampir 26kg Dalam Masa 7 Bulan Sahaja
Proses menurunkan berat badan bukanlah suatu perkara mudah. Yang penting jaga makan dan konsisten!
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu yang memiliki badan yang berisi sudah tentu mengidamkan berat badan yang ideal dan tubuh yang langsing.
Malah ada yang menguruskan badan bukanlah untuk kelihatan cantik dan tampan sahaja tetapi mahu hidup dalam keadaan yang lebih sihat dan ceria di masa akan datang.
Wanita ini berjaya turun berat hampir 26kg dalam masa 7 bulan sahaja
Perkara ini sama juga seperti apa yang dikongsikan oleh seorang wanita yang gembira selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25.9 kg dalam masa tujuh bulan sahaja dengan melakukan beberapa langkah yang sihat.
Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh @aiuabdullah, perkara itu adalah antara pencapaian terbesar sepanjang hidupnya dan pada tahun ini meskipun belum memenuhi target sebenar tetapi ia sudah dapat membuatkannya gembira.
“Ia bukan suatu perkara yang mudah tetapi sangat berbaloi,” jelas Aiuabdullah.
Jelasnya, antara cara untuk menikmati perjalanan diet agar lebih menarik adalah dengan memasak dan makan selain turut berkongsi lima lagi tips yang dilakukan olehnya sehingga berjaya menguruskan badan.
Tanpa berlengah lagi, jom kami kongsikan kepada anda lima perkara yang boleh anda lakukan untuk kuruskan badan.
#1 Calorie deficit
Menurut Aiuabdullah, antara cara dia menguruskan badan adalah dengan menggunakan teknik ‘calorie deficit’ iaitu makan kurang daripada kalori yang diperlukan oleh badan.
Namun ia bukan bermaksud anda perlu berlapar, anda masih boleh makan namun dalam kuantiti yang sedikit.
Malah bagi yang baru ingin memulakan pengiraan kalori tetapi tidak tahu bagaimana caranya, usah bimbang kerana ia juga boleh dikira dengan menggunakan kalkulator dan anda hanya perlu google sahaja kiraan hidangan makanan tersebut.
#2 Makan nutrisi makanan yang cukup
Untuk menguruskan badan, anda juga perlu memastikan makanan yang diambil mempunyai nutrisi yang cukup seperti karbohidrat, fibre, protein dan sebagainya.
Malah bagi mereka yang rajin anda juga boleh memasak menu diet anda sendiri. Paling menarik anda juga boleh makan nasi seperti biasa cuma dalam kuantiti yang sedikit.
Sebagai alternatif anda boleh lebihkan hidangan lauk, terutamanya sayur-sayuran.
#3 Cheat day
Segelintir yang mengamalkan diet sudah tentu mempunyai jadual pemakanan yang tersendiri seperti mempunyai hari untuk ‘cheat day’ di mana mereka akan memakan makanan seperti makanan segera, manisan dan sebagainya hanya pada hari itu sahaja.
Namun bagi Aiuabdullah pula dia hanya melakukan ‘cheat meal’ iaitu masih makan makanan segera dan manisan namun dalam kadar yang sedikit seperti hanya untuk rasa sahaja.
#4 Bergerak dengan banyak
Anda juga digalakkan untuk bergerak dan melakukan senaman agar ia dapat membantu untuk mengurangkan penurunan berat badan yang lebih cepat.
Katanya, jika tidak mahu bersenam juga tidak mengapa kerana untuk menguruskan badan ia kerana sebanyak 80% bergantung kepada pemakanan manakala 20% lagi adalah senaman.
#5 Tidur yang cukup
Tidur memainkan peranan penting untuk kesihatan seseorang. Oleh itu, individu yang berniat untuk menurunkan berat badan disarankan untuk mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
Sebagai contoh, tidur sekitar jam 10 atau 11 malam dan bangun pada jam 5 pagi serta memulakan senaman seperti berlari atau berjalan sebelum mengambil sarapan.
Ujarnya lagi, seseorang itu juga bebas untuk menentukan menu diet mereka mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing.
Dia dalam masa sama turut menggalakkan agar menu itu dipelbagaikan agar menu harian dipelbagaikan lagi agar dapat mengurangkan rasa bosan atau selera makan berkurangan.