Banjir Makin Memburuk, Kenali ‘Go Bag’ & Senarai Barang Wajib Ada Sebagai Persediaan Hadapi Bencana

Umum pasti mengetahui beberapa negeri di Semenanjung Malaysia sejak dua minggu lalu sedang berdepan banjir besar iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan beberapa daerah di Johor dan Perak.

Semakan di laman rasmi Agensi Bencana Negara (NADMA) mendapati seramai 72,691 mangsa dari 5 negeri sudah ditempatkan 442 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 21 Disember jam 10 pagi.

Keadaan ini meskipun sudah diramalkan sedikit sebanyak membuka mata masyarakat agar lebih peka dalam melakukan persediaan memandangkan impaknya terlalu besar hingga ada yang terkorban.

Bercerita tentang persediaan, tahukah anda setiap rumah sebenarnya perlu mempunyai satu beg kecemasan khas atau Bug Out Bag (BOB) dalam menghadapi sebarang malapetaka seperti banjir yang sedang melanda ketika ini.

Meskipun tidak diwajibkan, beg kecemasan yang turut dikenali sebagai ‘Go Bag’ ini amat berguna disaat anda benar-benar memerlukannya.

Contoh Bug Out Bag | Foto : Carryology

Dengan adanya beg ini, anda mungkin dapat bertahan selama 2-3 hari sekiranya terperangkap atau terkandas sementara menunggu bantuan tiba.

Jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan bukan?

Untuk memudahkan anda, apa kata ikuti perkongsian kami di bawah untuk mengetahui bagaimanakah cara menyediakan Go Bag ini dan apakah kelengkapan yang perlu ada di dalamnya.

Menurut NADMA, cadangan terbaik adalah beg kecemasan itu haruslah mengandungi barangan penting seperti:

  • Pakaian, kasut dan selimut
  • Wisel
  • Wang
  • Lampu suluh dan bateri
  • Makanan tahan lama
  • Radio mini mudah alih berbateri
  • Kit kecemasan, ubat-ubatan dan kelengkapan kebersihan diri
  • Air bersih
  • Telefon dan power bank
  • Dokumen-dokumen penting seperti sijil kelahiran, kad pengenalan dan dokumen mustahak yang lain.

Selain menyediakan semua peralatan ini, kami mencadangkan agar beg kecemasan atau BOB itu sendiri haruslah dari material yang berkualiti. Namun pemilihan saiz atau jenama beg bergantung kepada anda asalkan ianya tahan lasak (sebaiknya kalis air) dan dapat menyimpan semua barangan tersebut.

Selain barangan yang dicadangkan di atas, mungkin ada beberapa lagi keperluan lain yang boleh dipertimbangkan untuk disimpan bersama seperti:

  • Beg kering (drybag) – Memandangkan materialnya ianya kalis air. Ia boleh digunakan untuk menyimpan alatan elektronik seperti powerbank, telefon dan radio mudah alih.
  • Life jacket
  • Camping cookware/ alatan memasak semasa berkhemah

Semua alatan ini boleh dibeli secara fizikal di kedai atau pasar raya. Malah ia juga boleh dibeli secara online sama ada di Shopee mahu pun Lazada.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

3 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago