fbpx
Now Reading
Gigi Kekal Tercabut? Ini 5 Langkah Yang Boleh Dilakukan Sebelum Berjumpa Doktor
Gigi tercabut

Gigi Kekal Tercabut? Ini 5 Langkah Yang Boleh Dilakukan Sebelum Berjumpa Doktor

Antara langkah yang boleh dilakukan jika mengalami gigi tercabut adalah bilas gigi yang dijumpai dengan air bersih selama 10 saat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gigi merupakan salah satu anggota yang sangat penting pada wajah, mana tidaknya apabila bercakap sudah tentu orang ramai akan melihat pada gigi seseorang.

Oleh itu, penjagaan gigi agar kelihatan cantik adalah sangat penting. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit hanya kerana mahu gigi kelihatan cantik.

Namun pernahkah anda melihat atau berada dalam situasi di mana gigi kekal patah atau tertanggal (avulsion) disebabkan kemalangan, bermain sukan lasak atau mungkin juga terjatuh?

Hmm ia mungkin kedengaran sedikit sakit dan ngilu tetapi sebenarnya jika anda mengalami situasi seperti ini gigi tersebut masih boleh diselamatkan.

Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang doktor gigi iaitu Dr Irma Shida yang menyatakan terdapat enam langkah yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan gigi tersebut.

#1 Cari gigi yang jatuh

White teeth on the table

Jika berada dalam keadaan di mana gigi kekal anda tertanggal cuba bawa bertenang dan perlahan-lahan cari semula gigi tersebut.

#2 Pegang bahagian korona gigi

Korana atau crown gigi merujuk kepada kawasan anatomi gigi yang dilitupi oleh enamel untuk lebih mudah ia adalah bahagian permukaan gigi.

Foto: Freepik

#3 Bilas dan letak di soket gigi

Selepas anda menjumpai gigi tersebut, bilas dengan air bersih selama 10 saat dan jika boleh cuba letakkan semula pada soket gigi anda.

Jangan tunggu dalam keadaan yang lama, sebaik sahaja berjaya memasukkan gigi ke dalam soket, anda disarankan untuk terus berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan segera.

#4 Simpan dalam susu segar atau bekas air liur

Foto: Pexels

Sekiranya anda tidak berjaya untuk meletakkan gigi tersebut semula pada soket gigi, cara alternatif lain yang boleh dilakukan adalah simpan di dalam susu segar atau bekas air liur anda.

Menurut MyHealth juga terdapat beberapa cara boleh menyelamatkan sel-sel ligamen sekiranya gigi tercabut seperti:

  • Simpan dalam bekas air liur dalam jangkamasa selama 30 minit.
  • Simpan dalam susu segar dalam jangkamasa 60 minit.
  • Jangan sesekali menyentuh atau menggosok bahagian akar gigi.
  • Jangan biarkan gigi yang tercabut menjadi kering.
  • Jangan simpan di dalam air.

#5 Jumpa doktor gigi

Sebaik sahaja anda melakukan semua langkah ini, anda perlulah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan.

Walau bagaimanapun, langkah yang cepat dan selamat ini hanya boleh digunapakai untuk menyelamatkan gigi kekal sahaja, dan bukannya gigi susu ya.

Ini kerana, kebiasaannya gigi susu akan digantikan dengan gigi kekal yang tumbuh secara semula jadi selepas gigi berkenaan tercabut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.