Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Ada Jenazah Baru Meninggal Dunia

Setiap yang hidup tentu akan merasai mati dan perkara itu adalah pasti apabila tiba waktunya.

Namun tidak dinafikan kehilangan seseorang yang disayangi merupakan perkara yang sangat menyedihkan hingga ada yang terkejut dan ‘kabur’ sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menguruskan jenazah.

Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan sementara menunggu pihak berkenaan untuk menguruskan jenazah seperti dimandikan, kafan, tempahan kubur dan sebagainya.

Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh Faisal Rahim di Twitter dia telah menyenaraikan beberapa langkah yang boleh dilakukan kepada jenazah yang baru sahaja meninggal dunia.

#1 Tanggalkan baju

Foto: Freepik

Orang terdekat seperti anak, adik-beradik atau sesiapa bolehlah cuba untuk menanggalkan terlebih dahulu baju dari badan jenazah.

Ini kerana, sendi mereka yang baru meninggal dunia masih lembut dan proses untuk menanggalkan baju lebih mudah berbanding ketika sendi sudah mula mengeras.

#2 Urut tulang sendi jenazah

Foto: Pexels

Sekiranya jenazah akan disimpan semalaman anda dinasihatkan untuk mengurut tulang sendi untuk mengelakkannya menjadi keras.

Namun sekiranya ia mahu dimandikan pada kadar yang segera proses ini tidak perlu dilakukan kerana minyak sukar dibilas.

#3 Jangan tutup dengan kain batik

Kebiasaanya jenazah akan ditutupi dengan jenis kain batik lepas di atas badannya. Namun ia tidak sesuai kerana kain tersebut nipis dan boleh menampakkan tubuh badan terutamanya wanita.

Oleh itu, anda disarankan untuk hanya menetupi jenazah dengan menggunakan selimut dan letakkan kain batik di atasnya.

#4 Jangan beri orang tengok

Kebiasaanya apabila orang datang menziarah jenazah pasti ada yang mahu melihat wajah jenazah buat kali terakhir.

Sebaiknya dielakkan jika jenazah belum dimandikan dan dikafankan kerana ini bertujuan untuk mengelakkan dari aurat mereka terdedah.

#5 Buat ikatan perca

Lakukan ikatan perca kepada tiga bahagian sendi utama jenazah.

  • Bahagian kepala: Ikat di bahagian bawah rahang agar mulut tidak terbuka dan dimasuki binatang.
  • Bahagian tangan: lipatkan tangan seperti dalam keadaan sedang solat.
  • Bahagian kaki: Rapatkan kaki dan ikat antara kedua-dua betis.

#6 Jangan buka tampalan

Sekiranya jenazah sebelum ini sakit dan mempunyai sebarang tampalan atau tebukan di mana-mana bahagian seperti leher, perut dan sebagainya anda disarankan untuk tidak membukanya.

Jika dibuka ketika mandi, plasterkan semula bahagian tersebut. Ini kerana pernah belaku apabila jenazah siap dikafankan darah keluar dari kawasan (tampalan atau tebuk) berkenaan dan leher mayat dipenuhi darah. Perkara itu turut mengaibkan arwah.

#7 Ambil ukuran jenazah

Foto: Pexels

Bagi memudahkan proses untuk mengali kubur, anda boleh mengambil ukuran tinggi dan lebar jenazah untuk diberikan kepada penggali kubur dan tukang membuat keranda sekiranya ada.

#8 Maklum kepada bahagian khairat kematian masjid

Maklumkan kematian arwah kepada bahagian khairat kematian masjid sekiranya anda ada membayarnya dan pengurusan jenazah tidak perlu lagi dibayar.

Namun jika tidak pernah menyertainya, sediakan wang sebanyak RM1500 bagi pengurusan jenazah seperti mandi, kafan serta kebumi.

Harap perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana untuk bersedia sekiranya berlaku kematian keluarga terdekat.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

7 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago