fbpx
Now Reading
Usah Panik Jika Telinga Dimasuki Air, Ikuti 5 Langkah Ini
apa nak buat jika air masuk dalam telinga

Usah Panik Jika Telinga Dimasuki Air, Ikuti 5 Langkah Ini

Sekiranya telinga anda dimasuki air jangan sesekali gunakan putik kapas kerana ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman di dalam telinga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap dari anda pasti pernah berdepan masalah telinga dimasuki air. Kebiasaannya ia akan berlaku ketika sedang mandi atau sewaktu melakukan aktiviti air.

Satu yang pasti perasaannya amat tidak menyelesakan kerana ia membuatkan anda berasa seperti pekak atau berdengung di dalam telinga.

Bagi segelintir yang pertama kali melalui pengalaman ini tentu akan membuatkan mereka panik dan mula bimbang sekiranya keadaan tidak akan menjadi normal semula.

Namun usah bimbang seorang pengamal perubatan iaitu Doktor Samhan telah berkongsi beberapa perkara yang dilarang dan boleh dilakukan jika berdepan dengan situasi tersebut.

Perkara yang dilarang jika air termasuk telinga adalah:

Foto: Freepiks
  • Jangan gunakan putih kapas ini kerana tahi telinga akan termasuk ke dalam kawasan yang lebih dalam dan boleh berlakunya jangkitan kuman di dalam telinga.
  • Masukkan jari atau kuku ke dalam telinga kerana perbuatan ini adalah sangat bahaya. Ini kerana, ia boleh menyebabkan berlaku kecederaan pada bahagian dalam atau sekitar lubang telinga.
  • Tidak mengambil tindakan, jika anda mengalami situasi ini anda perlu mendapatkan rawatan dengan segera kerana jika dibiarkan ia akan memberi kesan seperti jangkitan yang lebih buruk.

Benar rasa tidak selesa namun jangan lakukan sebarang perkara yang boleh mendatangkan mudarat sebaliknya ikuti lima langkah ini.

#1 Keringkan bahagian luar telinga

Foto: Pexels

Ambil kain lembut dan keringkan bahagian luar telinga dengan baik, jangan terlalu kasar agar kulit di bahagian telinga tidak melecet atau cedera.

#2 Sengetkan kepala

Cuba sengatkan kepala ke arah yang berlawanan agar air yang masuk ke dalam telinga boleh mengalir keluar.

#3 Tarik cuping telinga

Tarik cuping di bahagian telinga yang dimasuki air ke bawah bagi memudahkan aliran air tersebut untuk mengalir keluar.

#4 Gunakan alat pengering rambut

Foto: Pexels

Hah alat pengering rambut? Betul guna alat tersebut dan arahkan ke bahagian telinga yang dimasuki air namun harus diingatkan guna pada frekuensi yang paling rendah.

Bimbang lain pula jadinya kalau terlalu panas.

#5 Dapatkan ubat

Dapatkan ubat titis telinga di farmasi, klinik atau di hospital. Tetapi sekiranya keadaan menjadi teruk atau mempunyai sebarang kesulitan untuk mengeluarkan bendasing yang termasuk ke dalam telinga, anda disarankan untuk segera berjumpa doktor bagi rawatan lanjut.

Mudah bukan langkah-langkah yang dikongsikan Dr Samhan, yang penting anda jangan sesekali cuba korek telinga atau masukkan sesuatu dalam telinga. Bimbang nanti lain pula yang jadi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.