Cermin Kereta Pecah? Ini 8 Cara Yang Boleh Lakukan Untuk Ganti Cermin Baru Dengan Percuma
Antara perkara yang boleh dilakukan jika cermin kereta pecah adalah semak jumlah tuntutan insuran korang agar mudah untuk pilih cermin yang sesuai dengan harga ‘claim’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
cermin kenderaan yang pecah bukanlah hanya disebabkan oleh kemalangan jalan raya sahaja. Adakalanya ia berlaku disebabkan alam semula jadi seperti kejadian pokok tumbang, batu terpelanting ketika memandu dan banyak lagi.
Tidak dinafikan apabila berdepan dengan situasi cermin pecah sudah tentu ia akan membuatkan korang panik selain pening memikirkan harga untuk menggantikannya.
Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter iaitu Luthfi telah berkongsi antara langkah dan cara yang boleh dilakukan sekiranya cermin kenderaan anda pecah.
Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan.
#1 Berhenti tepi jalan
Sekiranya cermin korang retak semasa sedang memandu, adalah baik untuk tidak meneruskan perjalanan dan berhenti di tepi jalan.
Ini kerana bimbang sekiranya ia masih dibawa berjalan akan menyebabkan cermin pecah dan bahaya buat anda.
Kenapa bahaya? Ia disebabkan jika pecah semasa anda sedang memandu, bimbang cermin tersebut boleh mencederakan pemandu seperti serpihan tajam masuk ke dalam mata, mulut dan sebagainya.
Namun sekiranya ada memasang tinted pada kereta, antara kelebihannya jika berlaku perkara seperti ini ia dapat menahan cermin dari pecah berderai.
#2 Semak tuntutan Insuran
Setiap kali menghidupkan cukai jalan dan insuran pasti anda akan ditawarkan untuk menghidupkan insuran dengan pelbagai tuntutan seperti cermin, kemalangan dan banyak lagi.
Maka korang disarankan untuk membuat semakan adakah pilihan tersebut termaktub di dalam tuntutan insuran anda. Sekiranya ia menulis ‘Windscreen’ itu bermaksud anda boleh membuat tuntutan untuk menukar cermin baharu.
Jadi tak perlu bimbang untuk keluar duit bila nak tukar cermin nanti. Malah anda juga boleh lihat berapa nilai tuntutan kos insuran yang diberikan, sebagai contoh RM2,500.
#3 Hubungi hotline insuran
Cuba hubungi hotline insuran untuk bertanya adakah mereka boleh membantu untuk menunda kenderaan anda sehingga sampai ke bengkel kereta.
Kebiasaanya syarikat insuran ada menawarkan perkhidmatan seperti ini bagi kes kecemasan.
#4 Hubungi ejen
Sekiranya anda mengambil insuran dengan menggunakan khidmat ejen, anda juga boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan bantuan atau bertanya kepada bengkel atau kedai yang mana menjadi panel syarikat berkenaan untuk menukar cermin.
Namun, terdapat segelintir syarikat insuran yang telah meletakkan maklumat bengkel di dalam laman sesawang mereka. Oleh itu, anda boleh membuat pilihan dengan mudah atau menghubungi mereka terlebih dahulu.
#5 Minta bawa kereta terus ke bengkel
Jika kenderaan korang ditunda, minta mereka untuk segera membawa kenderaan anda ke bengkel bagi proses menukar cermin.
Sekiranya korang masih boleh memandu sendiri, korang boleh terus pergi ke kedai lepas temu janji dibuat dengan bengkel.
Jangan lupa untuk membawa dokumen seperti kad pengenalan pemilik kenderaan dan juga salinan insuran.
#6 Cermin akan diperiksa
Sebaik sahaja sampai di bengkel, cermin kenderaan tersebut akan diperiksa terlebih dahulu seperti menanda kawasan pecah, ambil gambar dan korang perlu menandatangani borang tuntutan.
Selepas itu mereka akan menawarkan beberapa jenis cermin seperti cermin ‘original’, cermin biasa dan lain-lain mengikut kepada total tuntutan insuran anda.
Sekiranya tuntutan insuran korang melebihi jumlah RM2,500, maka anda boleh mengambil gantian cermin yang berharga RM2,000 dan jumlah selebihnya boleh digunakan untuk membuat tinted.
#7 Tak perlu keluar wang
Antara kelebihan jika mempunyai pilihan tuntutan untuk ‘cover’ cermin pecah adalah korang tak perlu fikir dah untuk membuat sebarang pembayaran kerana semua ditanggung oleh insuran.
Jika bengkel mempunyai stok cermin maka proses untuk menukar tidaklah begitu lama dan dianggarkan akan siap sepenuhnya dalam masa satu hingga dua jam sahaja.
#8 Tandatangan borang
Sebaik sahaja kenderaan dah siap, korang kemudian akan diminta untuk tandatangan pada bil dan boleh membawa pulang kereta.
Selepas beberapa hari korang juga akan menerima mesej ringkas yang menyatakan tentang tuntutan insuran sudah diluluskan dan baki kos perlindungan akan berkurang.
Ha mudah sahajakan nak tukar cermin pecah tu dengan yang baru? Jadi kalau korang berdepan dengan situasi seperti ini tak perlu panik, tenang dan lakukan langkah-langkah di atas.
Cermin kereta pecah?
— Luthfi (@LuthfiMY) February 12, 2023
Apa yang hampa perlu buat especially orang perempuan?
Baca & buat preparation ladies!
(Thread) pic.twitter.com/h8FAY5L1fA