fbpx
Now Reading
Alat Sulit Tegang Lebih 4 Jam? Doktor Ini Kongsi Tentang Masalah Priapism
masalah priapism tegang terlalu lama

Alat Sulit Tegang Lebih 4 Jam? Doktor Ini Kongsi Tentang Masalah Priapism

Menurut Dr Kamarul, terdapat dua jenis priapism salah satunya adalah priapism iskemik yang berlaku apabila darah tidak boleh keluar dari zakar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kesihatan di bahagian alat sulit merupakan perkara yang sukar untuk dibincangkan, ini kerana ada yang berpendapat perkara itu terlalu malu untuk dibicarakan kepada orang lain.

Namun dari segi kesihatan kita sebenarnya perlulah bersikap terbuka dan cuba untuk mendapatkan nasihat serta rawatan lanjut bersama doktor jika mempunyai masalah di bahagian alat sulit.

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan telah berkongsi tentang ‘Priapism’ atau Priapisme iaitu masalah zakar yang tegang dalam tempoh yang lama tanpa sebab.

Menerusi ciapannya di twitter, Dr Kamarul menyatakan priapism ini merupakan masalah kesihatan seksual yang serius buat para lelaki serta boleh terjadi kepada mereka yang berusia sekitar 20 hingga 50 tahun.

Terdapat 2 jenis parapism

  • Priapism iskemik: Berlaku apabila darah tidak boleh keluar dari zakar. Menurut Hello Doktor, gelaja yang akan dialami oleh priapism jenis iskemik adalah ketegangan lebih dari empat jam tanpa stimulasi seksual, batang zakar rasa kebas tetapi pangkal dan kepala terasa geli, alat sulit rasa ngilu bagi tempoh yang lama.
  • Priapism bukan iskemik: Berlaku kerana ada peningkatan aliran darah ke zakar dan gejala yang dialami adalah eraksi lebih dari empat jam tanpa stimulasi seksual, batang zakar nampak tegak tetapi tidak tegang sepenuhnya dan keseluruhan alat sulit rasa ngilu tetapi masih dapat dikawal.

Hilang fungsi seksual jika priapism tidak dirawat dengan cepat

Katanya, kesan buruk priapism ini boleh menyebabkan sakit, hilang fungsi seksual serta jangkitan dan pesakit perlu untuk mendapatkan rawatan pada kadar yang segera.

Antara rawatan yang diberikan adalah suntikan Phenylephrine (untuk merangsang pembuluh darah), aspirasi darah, pembedahan dan juga ubat.

Rawatan awal dapat membantu dan lelaki dinasihatkan buat pemeriksaan zakar

Menurutnya dalam kebanyakan kes priapism pesakit boleh dirawat namun sekiranya lambat mendapatkan rawatan ia boleh menyebabkan individu berkeena kehilangan fungsi seksual.

“Faktor risiko seperti penyakit kronik seperti leukimia, diabetes dan penyakit buah pinggang juga boleh menyebabkan berlaku priapism kerana mengambil ubat-ubatan tertentu contohnya ubat kencing manis, tekanan darah dan anti-depresan,” jelasnya.

Selain itu, para lelaki juga disarankan untuk membuat pemeriksaan zakar secara sendiri sebulan sekali.

Foto: Laman sesawang Hello Doktor
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.