Ini Antara Kebaikan Serta Keburukan Jika Mandi Air Panas Atau Air Sejuk
Antara kebaikan mandi air panas adalah ia dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan keburukkannya pula adalah boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mandi merupakan salah satu cara bagi seseorang untuk mengekalkan kebersihan badan selain menghindari kuman yang boleh membawa penyakit.
Namun apabila bercakap tentang mandi pasti setiap di antara kita mempunyai pilihan tersendiri seperti ada segelintir yang lebih suka mandi menggunakan air sejuk dan ada juga yang memilih air panas.
Tidak dinafikan kedua-dua suhu air mandi ini sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri seperti yang dikongsikan oleh pengamal perubatan, Doktor Samhan di Twitter miliknya.
Tanpa berlengah jom kami kongsikan kepada anda kebaikan serta keburukan setiap jenis air tersebut dan bila waktu yang untuk mandi dengan dua suhu air ini.
Manfaat mandi menggunakan air sejuk
- Mandi dengan menggunakan air sejuk dapat membantu memperbaiki pengaliran darah kerana pendedahan kepada air sejuk membuatkan salur darah pada kulit menjadi lebih kecil.
- Boleh merendahkan tahap kortisol iaitu sejenis hormon yang dirembiskan ketika badan mempunyai atau merasai tekanan seperti stres. Ini secara tidak langsung mandi air sejuk boleh mengurangkan tahap stres seseorang.
- Dapat mengurangkan rasa sakit. Menurut Hello Doktor, berdasarkan review pada tahun 2014 pendedahkan kepada air sejuk dapat memicu respons kesakitan automatik yang disebut sebagai stress-induced analgesia (SIA).
Keburukan mandi air sejuk
- Badan akan mengambil sedikit masa untuk menghangatkan tubuh jika anda mandi menggunakan air sejuk terutama jika berada di persekitaran yang bersuhu sejuk.
- Jika anda sedang sakit, mandi air sejuk akan membuatkan sistem imun badan sedikit sukar.
4 Kebaikan mandi air panas
#1 Kesihatan kardiovaskular
Meningkatkan kesihatan kardiovaskular, ini kerana berdasarkan satu kajian dilakukan pada tahun 2014 menyatakan mandi air panas dapat membantu membaiki aliran darah kepada mereka ada masalah kegagalan jantung yang kronik.
Ini kerana berlakunya pelebaran salur darah semasa ia terdedah kepada suhu yang tinggi.
Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang merendam kaki serta betis ke dalam air panas mahupun suam selama 30 minit boleh mengurangkan kekakuan arteri.
Manakala mereka yang tidak merendam menggunakan air panas tidak mempunyai kesan yang sama.
#2 Perbaiki kesihatan otot dan sendi
Menurut Hello Doktor, organisasi seperti National Heart, Lung and Blood Institute mengesyorkan bahawa individu yang mandi menggunakan air panas atau suam dapat memperbaiki kualiti tidur
Ini kerana air panas boleh membantu menjadikan badan lebih relaks ketika mandi serta penurunan suhu selepas mandi.
#3 Memberikan kelegaan dari simptom pernafasan dan selesema
Suhu air yang panas dan stim boleh membantu untuk membuka laluan pernafasan, memudahkan kahak untuk keluar, serta membersihkan saluran hidung.
Hal ini kerana, air bersuhu panas boleh menjadi remedi semula jadi bagi mengurangkan simptom selesema serta batuk.
#4 Memperbaiki kesihatan otak
Berdasarkan hasil kajian dilakukan pada tahun 2018, kumpulan individu yang mandi menggunakan air panas mempunyai tahap BDNF (brain-derived neurotrophic factor) yang lebih tinggi berbanding mereka yang mandi menggunakan air sejuk.
BDNF iailah sejenis protein yang mempunyai fungsi penting kepada otak dan juga saraf tunjang.
3 keburukan mandi air panas
#1 Mengeringkan kulit
Mandi menggunakan air panas boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berlaku iritasi seperti gatal.
Suhu yang lebih tinggi seperti panas akan membuatkan kulit lebih mudah kering. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema ia mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.
#2 Boleh menyebabkan kegatalan
Suhu yang panas akan menyebabkan sel mast (yang mengandungi histamin) untuk melepaskan kandungan mereka kepada kulit dan kemudian menyebabkan berlakunya gatal-gatal.
#3 Mandi air panas meningkatkan tekanan darah
Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular, mandi menggunakan air panas mungkin tidak boleh diamalkan selalu kerana bimbang ia akan memudaratkan keadaan anda.
Oleh itu, anda perlulah bijak untuk memilih suhu manakah yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri apa yang penting pastikan anda mandi dengan bersih.