fbpx
Now Reading
Ini Antara Zikir & Amalan Sunat Yang Boleh Anda Lakukan Sepanjang Ramadan
zikir boleh diamalkan ketika ramadan

Ini Antara Zikir & Amalan Sunat Yang Boleh Anda Lakukan Sepanjang Ramadan

Antara waktu yang boleh digunakan untuk berzikir adalah selepas selesai melakukan fardhu subuh dan solat fajar dengan membaca istighfar sebanyak 100 kali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti semua umat Islam kini sudah tidak sabar untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan.

Berbaki beberapa hari sahaja lagi, umat Islam di negara ini bakal berpuasa. Oleh itu pasti ramai di antara kita ini sudah mula merancang bagaimana mahu mengandakan lagi pahala mereka.

Ini kerana, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang berpuasa dan melakukan ibadah ketika Ramadan.

Tanpa berlengah, kami juga ingin berkongsi antara zikir-zikir yang boleh diamalkan ketika Ramadan nanti, mana tahu ada kelapangan dan waktu yang bersesuaian boleh lah korang amalkan nanti.

#1 Subuh

Sebaik sahaja masuk waktu subuh, lakukan solat sunat Fajar sebanyak dua rakaat. Ini kerana tempoh antara azan dan solat fardu Subuh merupakan waktu yang mustajab untuk berdoa.

Selesai melakukan solat Fajar kemudian baca istighfar sebanyak 100 kali dan berdoa:

Foto: Shafiqolbu

Lakukan solat fardhu Subuh selepas itu dan berwirid disertai dengan doa.

#2 Pada waktu pagi

Untuk memulakan hari seperti ketika sedang membawa kereta menuju ke tempat kerja atau ketika sedang bekerja boleh juga amalkan zikir ini:

Foto: Shafiqolbu
  • Selain berzikir, korang juga boleh membaca tasbih ini sebanyak 100 kali.

Apa yang menarik, fadhilat membaca tasbih ini adalah dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan dan diangkat sepuluh ribu darjat.

Foto: Syafiqolbu
  • Berselawat ke atas Nabi SAW sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali, sekiranya boleh dilakukan lebih banyak itu adalah lebih baik.
Foto: Shafiqolbu
  • Melakukan solat sunat seperti solat sunat Israq yang dilakukan selepas waktu syuruk, Solat sunat Dhuha, dan solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat. Sekiranya ia dilakukan pada siang hari seseorang itu hanya perlu memberi salam sekali sahaja.
  • Membaca al-Quran dan doa taubat ‘Akasyah iaitu memohon taubat dosa-dosa besar.

#3 Amalan boleh dilakukan pada waktu tengahari & petang

  • Selepas mendirikan solat fardhu zuhur dan asar lakukan wirid serta berdoa dan beristighfar.

Zikir selepas fardhu zuhur:

Foto: Shafiqolbu

Zikir pada waktu petang:

Foto: Shafiqolbu

#4 Waktu maghrib

  • Segerakan berbuka puasa kerana ia adalah sunat, lakukan solat fardhu maghrib dan juga solat sunat selepasnya.
  • Lakukan solat sunat Awwabin iaitu solat sunat muaakad yang didirikan selepas selesai solat fardhu maghrib dan solat sunat Ba’diah Maghrib.
  • Solat ini juga boleh dibuat sebanyak dua, empat, atau enam rakaat hingga 20 rakaat dengan 10 kali salam iaitu setiap dua rakaat satu salam.
  • Berzikir sebanyak 50 hingga 100 kali:
Foto: Shafiqolbu

#5 Isyak dan amalan ketika tengah malam

  • Dirikan sunat isyak dan solat sunat selepasnya.
  • Melakukan solat tarawih mengikut kemampuan dan solat sunat witir.
  • Solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat jika melakukannya di masjid.
  • Selesai solat sunat tarawih sertakan dengan membaca al-Quran.

Ketika waktu tengah malam terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan seperti:

  • Solat sunat wuduk yang didirikan sebanyak dua rakaan dan ia juga turut dikenali sebanyai solat syukur wuduk. Apa yang menarik solat ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja termasuklah ketika waktu larangan melakukan solat sunat.
  • Solat sunat tahajjud, bagi yang berkemampuan boleh melakukan lebih dari 2 rakaat.
  • Solat sunat tasbih dan berdoa.
Foto: Shafiqolbu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.