Ustaz Ini Kongsi 4 Surah & Amalan Mudah Raih Pahala Seperti Baca Keseluruhan Al-Quran [Video]
Antara surah yang boleh dibaca untuk mendapat ganjaran pahala seperti membaca seluruh al-Quran ialah surah Al-Ikhlas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Al-Quran merupakan kalam Allah yang mempunyai pelbagai mesej tersendiri. Malah sebagai umat Islam kita juga diperintahkan untuk membaca, menghafal serta memahami setiap ayat yang ingin disampaikan.
Bukan itu sahaja, al-Quran juga menjadi rujukan buat semua umat Islam dan Allah SWT juga menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang beramal dengan kitab suci ini.
Baru-baru ini, seorang guru yang mengajar membaca al-Quran iaitu Ustaz Haji Faliq telah berkongsi empat surah yang jika dibaca pahalanya seumpama membaca keseluruhan isi al-Quran.
Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda agar ianya boleh diamalkan setiap hari.
#1 Surah Al-Qadr
Surah ini mempunyai sebanyak lima ayat dan ia perlu dibaca sehingga habis. Jika diamalkan seseorang itu boleh memiliki ganjaran pahala 1/4 daripada membaca seluruh al-Quran.
Oleh itu jika ia dibaca sebanyak empat kali maka ganjaran pahalanya sama seperti kita membaca keseluruhan ayat di dalam al-Quran.
#2 Surah Al-Kafirun
Surah ini juga memberi ganjaran pahala sebanyak 1/4 al-Quran. Maka jika ia dibaca pada jumlah yang sama seperti surah Al-Qadr korang akan mendapat pahala seperti membaca seluruh kitab suci Allah SWT.
Ayat ini juga memiliki jumlah yang sedikit iaitu sebanyak enam ayat sahaja dan mudah untuk diingati.
#3 Surah Al-Ikhlas
Surah ini sering kali menjadi kegemaran ramai, jumlah ayat yang sedikit memudahkan seseorang untuk mengingatinya.
Malah ia juga turut sentiasa dibacakan ketika mendirikan solat. Namun tahukah korang dengan membaca surah ini dari ayat satu hingga empat individu itu akan diberikan ganjaran pahala sebanyak 1/3 dari membaca al-Quran.
Oleh itu, untuk mendapatkan pahala seperti membaca seluruh al-Quran korang boleh mengulangi membaca ayat ini sehingga tiga kali.
#4 Surah Al-Zalzalah
Bagi sesiapa yang membaca ayat ini, seseorang itu digambarkan seolah-olah telah membaca separuh al-Quran dan jika dibaca sebanyak dua kali ia sama seperti korang telah membaca kesemuanya.
Kesemua surah yang dikongsikan ini merupakan surah atau ayat lazim yang sering dibacakan ketika solat dan mempunyai jumlah ayat yang pendek.
Oleh itu, ini dapat memudahkan anda semua untuk mengamalkannya ketika mempunyai waktu yang lapang atau ingin membacanya setiap hari.