fbpx
Now Reading
Tak Tahu Bagaimana Nak Daftar Anak Sekolah Tahun 1? Ikuti Panduan Ini
pendaftaran murif tahun 1

Tak Tahu Bagaimana Nak Daftar Anak Sekolah Tahun 1? Ikuti Panduan Ini

Antara langkah yang perlu dilakukan adalah ibu bapa perlu mengemaskini pengurusan profil seperti maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin melihat anak-anak mengukir kejayaan untuk masa depan mereka kelak.

Oleh itu, hampir semua ibu bapa di negara ini akan menghantar anak kecil mereka untuk ke tadika atau pra-sekolah bagi membuat persediaan sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar.

Namun, tahukah anda untuk mendaftar masuk anak ke sekolah ketika mereka berumur 7 tahun atau darjah satu, ibu bapa perlu melalui beberapa proses agar si manja dapat menuntut ilmu di sekolah yang diinginkan.

Sudah tentu sebagai ibu bapa anda mempunyai perancangan yang tersendiri untuk memilih sekolah manakah yang bersesuaian kepada si anak dan antara perkara yang dipertimbangkan adalah lokasi sekolah, prestasi sekolah, murid-murid dan bermacam perkara lagi.

Langkah dan proses perlu dilakukan untuk daftar anak sekolah

Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter iaitu @n_ahwal telah berkongsi langkah persediaan anak sebelum memasuki darjah satu.

Jom kami akan senaraikan tujuh langkah atau proses yang perlu dilakukan untuk mendaftar si kecil ke sekolah yang diinginkan:

  • Pendaftaran pertama kali melalui Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) oleh ibu bapa atau penjaga kepada anak jagaan.
  • Ibu bapa atau penjaga perlu klik ke pautan ini yang disediakan Kementerian Pendidikan untuk mendaftar masuk ke idMe.
  • Membuat pemilihan modul pengurusan awam.
  • Isu atau kemaskini pengurusan profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan.
  • Klik tambah anak atau jagaan dan kemaskini (sekiranya belum ada).
  • Sebaik selesai di bahagian modul Pengurusan Profil, pilih ke Permohonan Kemasukan.
  • Klik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM tahun 2024.
Foto: Sekadar hiasan (Malay Mail)

Pendaftaran Murid Tahun 1 bermula 1 Mei – 30 Jun 2023

Untuk makluman anda, link yang diberikan adalah bagi Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2024/2025 dan ia dibuka bermula 1 Mei hingga 30 Jun.

Pendaftran bagi murid tahun 1 sesi 2024/2025 ini dibuka untuk kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Terdapat juga segelintir daripada ibu bapa yang mula mendaftar anak mereka lebih awal sebaik sahaja si kecil mula memasuki umur 5 tahun.

Sentiasa buat semakan tentang permohonan yang dibuat

Namun bagi mengelakkan sebarang masalah, ibu bapa perlu sentiasa membuat semakan dan cakna pada setiap perubahan. Ini bagi mengelakan daripada berlaku sebarang masalah yang tidak dijangka.

Kami harap dengan adanya langkah dan cara ini ia dapat memudahkan proses anda untuk mendaftar si manja bagi memasuki darjah satu nanti!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.