Doktor Kongsi 5 Jenis Makanan Perlu Dielakkan Sebelum Bernikah [Video]

Berkahwin merupakan sesuatu perkara yang sangat bermakna buat setiap insan. Mana tidaknya selepas mengenali antara satu sama lain akhirnya hubungan dibina ke jinjang pelamin.

Bagi yang bergelar pengantin tidak lama lagi pasti pelbagai perkara sedang disiapkan termasuklah membuat persediaan diri untuk menjadi suami atau isteri nanti.

Malah di saat-saat akhir ini jugalah ramai yang akan memberikan tips kecantikan agar anda kelihatan cantik ketika hari istimewa nanti seperti memanjakan diri di spa, mengamalkan bahan alami agar kulit kelihatan cantik dan sebagainya.

Namun tahukah anda selain tips kecantikan sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang patut dielakkan oleh pasangan yang akan bergelar raja sehari.

Doktor kongsi 5 tips makanan perlu dielakkan raja sehari sebelum bernikah

Perkara ini turut dikongsikan oleh doktor Raihana Ismail yang sering berkongsi tips kehamilan, keluarga, bayi serta banyak lagi.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda:

#1 Elakkan makanan di dalam tin

Foto: Freepik

Makanan di dalam tin semangnya sedap, malah ia sering menjadi makanan pilihan terutama apabila anda kesuntukkan masa untuk memasak.

Tetapi cuba elakkan makanan di dalam tin seperti sardin, susu pekat manis, koktail buah dan banyak lagi sebelum bergelar raja sehari.

Ini kerana keradangan aluminium di dalam darah secara tidak langsung boleh menggangu hormon dalam badan.

#2 Elakkan makanan atau minuman yang dibungkus

Adakalanya kita mungkin lebih gemar untuk membungkus sesuatu makanan dan menikmatinya ketika dimahukan terutama ketika banyak urusan perlu diuruskan.

Namun cuba untuk elakkan daripada membungkus makanan atau minuman di dlaam plastik BPA. Ini kerana keadaan ini boleh menyebabkan mimik estrogen kepada wanita.

#3 Kurangkan makanan manis

Foto: Pexels

Kurangkan makanan manis sebagai contoh pencuci mulut, kek, air berkarbonat, air berwarna warni dan sebagainya kerana ia mimik estrogen.

Sekiranya estrogen wanita berlebihan ia boleh menyebabkan ovum atau kilang telur keliru di mana ia tidak menghasilkan hormon estrogen sebaliknya mengeluarkan hormon lelaki iaitu entrogen.

Maka keadaan ini akan menyebabkan keluarnya bulu di muka seperti bermisai atau janggut. Bagi lelaki pula akan mengalami masalah perut buncit dan pengumpulan lemak di bahagian payu udara.

#4 Cakna ubat-ubatan yang diambil

Pantau sebarang ubat-ubatan yang diambil tiga bulan sebelum bernikah. Ini kerana terdapat beberapa jenis ubat mempunyai kesan seperti kilang telur kecut dan tidak dapat menghasilkan sperma yang baharu manakala wanita pula akan mempunyai masalah susah untuk mengeluarkan telur.

#5 Kurangkan makanan berasa tepung putih atau gluten

Foto: Pexels

Kurangkan makanan bersumber tepung putih atau gluten sebagai contoh cekodok, kuih dan sebagainya.

Sumber tepung putih yang bergluten ini akan menyebabkan usus menipis dan sistem penghadaman akan menjadi tidak cantik, alami malnutrisi iaitu kekurangan makanan seimbang, hormon terganggu dan tidak subur.

@dr.raihana.ismail

Replying to @Shahir18 5 jenis makanan dan minuman dilarang ambil sebelum nikah . Ada yang nak tau makanan subur ? Kalau cukup 100org nak tau, nanti saya post. Share pasangan anda. #inspirasiraya #tiktokguru #subur #efferty #drraihanaismailofficial

♬ original sound – Dr Raihana Ismail | Efferty – Dr Raihana Ismail | Efferty

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

18 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

18 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

18 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

20 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

21 hours ago