Wanita Kongsi Tips Sejukkan Rumah Tanpa Pendingin Hawa, Cara Paling Jimat & Mudah [Video]
Tips yang dikongsikan ini amatlah mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Korang pasti tahu Malaysia ketika ini sendang alami cuaca yang panas melampau kan?
Tahap panas tu sampai yang duduk dekat rumah tak buat apa-apa pun boleh berpeluh sebab bahang panas.
Tips sejukkan rumah tanpa pendingin hawa
Lagi stress bila buka kipas sebab nak sejukkan badan tapi angin yang keluar tu angin panas, fuh dah lah rumah takda penyaman udara.
Sekarang jangan risau, jom kita sama-sama cuba tips untuk sejukkan rumah tanpa menggunakan pendingin hawa seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita ini menerusi laman TikTok miliknya.
Cara yang diajar sangat lah mudah okay!
Apa yang korang perlukan hanyalah bekas yang bersaiz agak besar seperti baldi atau timba dan juga air.
Ambil baldi atau timba kosong kemudian isikan air ke dalamnya, setelah itu letakkan bekas berisi air tadi ke kawasan rumah yang ingin disejukkan seperti dalam bilik, ruang tamu dan dapur.
Pastikan letak bekas yang dah berisi air tadi tu di kawasan yang selamat dan mudah nampak agar dapat dielakkan daripada terlanggar atau tertendang.
Setelah itu, anda hanya perlu tunggu untuk keadaan di ruang tersebut bertukar menjadi sejuk secara perlahan-lahan.
Keisitimewaan labu sayong yang ramai tak tahu
Perkongsian tips ini juga mengingatkan kami mengenai keistimewaan labu sayong yang ramai tidak ketahui.
Menurut satu kajian yang dikongsikan Dewan Budaya, labu sayong diketahui dapat mengekalkan kesejukan air di dalamnya.
Namun, antara keistimewaan lain labu sayong adalah ia dapat menurunkan suhu bilik supaya lebih sejuk dan selesa.
Hal ini terbukti melalui kajian yang telah dijalankan di Universiti Sains Malaysia.
Ada yang dakwa tips ini berkesan
Menjengah di ruangan komen, segelintir pengguna media sosial mendakwa tips yang dikongsikan ini sememangnya berkesan.