fbpx
Now Reading
Suka ‘Enjoy’ Tapi Tak Tahu Cara Nak Simpan Duit? Ini 5 Tips Yang Anda Boleh Ikut

Suka ‘Enjoy’ Tapi Tak Tahu Cara Nak Simpan Duit? Ini 5 Tips Yang Anda Boleh Ikut

Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2021 mendapati, 21% rakyat Malaysia sukar membuat simpanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai antara kita yang mungkin terpaksa mengetepikan keseronokan untuk berhibur kerana risau akan situasi kewangan semasa.

Namun, tahukah anda, kita sebenarnya masih boleh ‘self reward’ diri sendiri dan keluarga dengan berbelanja, tetapi dalam masa sama masih juga boleh menyimpan wang untuk tabungan peribadi.

Buat anda yang suka berseronok tapi risau duit makin berkurangan, jangan risau, ini lima tips nak kekal enjoy tapi dalam masa yang sama mahu menyimpan duit juga.

#1 Rancang Perbelanjaan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila dapat gaji adalah dengan mengasingkan siap-siap duit simpanan.

Apabila gaji bulanan masuk, asingkan siap-siap sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan untuk simpanan.

Ini membantu anda daripada menggunakan kesemua baki pendapatan lain untuk keseronokan. Setidaknya anda masih ada duit simpanan yang dapat digunakan apabila berlakunya kecemasan.

Foto: Freepik

#2 Belanja Ikut Bajet

Latih diri berbelanja mengikut ‘poket’ anda. Buat perancangan dan penetapan bajet untuk setiap perkara.

Ingat! Ukur baju di badan sendiri. Anda boleh enjoy tapi perlu ikut bajet. Jangan berbelanja lebih daripada kemampuan kewangan anda.

Foto: Freepik

#3 Elakkan terperangkap dengan hutang

Jangan ajar diri buat hutang untuk bersuka-ria! Elakkan diri anda daripada komitmen hutang seperti kad kredit atau pinjaman peribadi.

Ini bakal membuat anda terbeban kerana berbelanja lebih dari pendapatan sedia ada.

#4 Buat persiapan awal dengan simpanan bulanan

Anda boleh berseronok dengan membuat simpanan awal. Katakan anda merancang untuk bercuti ke luar negara, simpan sekurang-kurangnya RM300 sebagai persiapan untuk bercuti.

Dengan cara ini, ia memudahkan anda untuk merancang perbelanjaan dan anda masih ada duit yang mencukupi untuk kegunaan harian.

Foto: Pexels

#5 Rekod setiap perbelanjaan

Anda disarankan untuk merekod setiap perbelanjaan yang anda lakukan setiap hari.

Kaedah ini membantu anda untuk ‘track’ perbelanjaan, sekaligus anda boleh tahu berapa yang anda belanja serta baki yang masih ada pada bulan itu.

Jika anda seorang yang konvesional, anda boleh merekod perbelanjaan di dalam buku atau sekadar menyimpan resit. Namun, jika anda selesa menggunakan peranti pintar, anda boleh mencari dan memuat turun aplikasi berkaitan perbelanjaan di internet.

Cara ini dapat membantu anda merancang perbelanjaan pada masa akan datang dengan mengenal pasti perbelanjaan yang patut digunakan untuk perkara penting, lalu membantu anda untuk berjimat.

Foto: Pexels

Untuk permulaan, anda mungkin akan merasa sukar untuk mulakan langkah-langkah diatas.

Tetapi apabila anda berjaya mendisiplinkan diri, anda akan menjadi terbiasa dan akhirnya menjadi seorang yang bijak berbelanja.

Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Cara Pindah Duit Ke ASB Secara Online Tanpa Sebarang Caj Tambahan

Baca Artikel Berkaitan: Simpan RM1 Untuk Tunai Haji, Kini Berjaya Kumpul RM10,000

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.