Nak Wajah Kekal Awet Muda? Ini Rahsia Yang Wanita Patut Tahu
Antara tipa paling penting dalam mendapatkan kulit awet muda adalah mempunyai waktu tidur yang cukup dan berkualiti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sudah menjadi lumrah setiap manusia pasti ingin kekal kelihatan cantik, bergaya dan muda daripada usia sebenar.
Antara golongan yang peka terhadap perkara ini sudah tentunya di kalangan wanita, yelah tak mahu wajah kelihatan tua sebelum usia.
Malah ada yang mula resah apabila kedut di muka mula kelihatan hingga ditegur rakan dan keluarga.
It’s a big no! Terutamanya kepada mereka yang sentiasa menjaga penampilan agar kelihatan bergaya.
Namun usah bimbang, kami memahami perasaan anda yang sentiasa ingin kelihatan vogue walau sudah meningkat usia. Oleh itu, kami mempunyai beberapa rahsia yang ingin dikongsikan agar anda sentiasa kelihatan awet muda.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk kelihatan muda antaranya adalah melakukan rawatan di wajah dan sebagainya. Namun kali ini rahsia yang ingin kami bocorkan pasti akan menjadi dan membuatkan lebih rasa gembira dan semuanya adalah secara alami.
Tanpa membuang waktu, jom kami kongsikan:
#1 Minum air yang secukupnya
Air merupakan elemen yang sangat penting kepada sistem badan. Malah air yang cukup dapat membantu kulit menjadi lembap.
Oleh itu, anda disarankan untuk minum air yang cukup sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Namun pastikan anda tidak minum air terlalu banyak, kerana air yang terlalu banyak juga tidak bagus untuk kesihatan badan sebaliknya ambil seperti yang disarankan.
Selain itu, badan yang kekal hidrasi akan menunjukkan wajah lebih cantik berseri kerana ia tidak kusam atau tidak bermaya.
Malah sebagai alternatif lain, anda juga boleh menggunakan pelembap kulit dua kali sehari contohnya pada waktu siang atau malam.
#2 Dapatkan tidur yang cukup
Sebenarnya sudah berulang kali pakar perubatan berpesan yang tidur memainkan peranan yang sangat penting kepada setiap manusia.
Yelah selepas seharian badan dan otak anda bekerja mereka juga memerlukan rehat yang cukup dan berkualiti.
Malah menurut Hello Doktor, manusia memerlukan tidur setiap malam pada tujuh hingga sembilan jam.
Ini kerana, tidur yang cukup dapat memberikan masa yang cukup kepada kulit untuk perbaiki tisu yang rosak.
Apa yang lebih menarik berdasarkan kajian dalam Jurnal Clinical and Experimental Dermatology, mereka yang memiliki tidur yang cukup mempunyai kulit yang lembap.
Maka jangan pandang enteng kepada kepentingan tidur dan rehat yang mencukupi.
Selain itu, antara tips boleh digunakan waktu malam merupakan masa yang sesuai untuk memakai sebarang krim yang boleh membantu meremajakan kulit.
#3 Kurangkan penggunaan make up seperti foundation terlalu tebal
Tak dinafikan pemakaian make up membuatkan anda kelihatan cantik dan segelintirnya berasa yakin.
Namun pemakaian krim asas seperti foundation yang terlalu tebal boleh menyebabkan berlakunya kedutan pada wajah yang ketara.
Cuba pilih penggunaan krim yang lebih nipis dan ringan atau elakkan daripada menggunakan terlalu banyak bedak.
Gunakan primer kerana ia dapat membantu make up untuk lekat pada kulit malah pori dan garis halus di wajah juga dapat dikurangkan.
Selain itu, anda juga boleh membuat ekfoliasi atau scrub pada kulit untuk membuang sel kulit mati.
Ini secara tidak langsung mampu membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik, sihat dan berseri.
#4 Kawal tekanan
Semakin meningkat usia tidak dinafikan kita sering berdepan dengan tekanan, adakalanya ia berpunca daripada tempat kerja atau perkara yang berlaku di sekeliling.
Tapi tahukah anda sebenarnya stres boleh menyebabkan kulit semakin berkedut!
Oleh itu, cuba cari aktiviti atau perkara yang boleh membantu mengawal stres anda. Sebagai contoh, luangkan masa ke spa, bermain game, bersukan atau shopping!
Ya, shopping juga satu terapi untuk minda okay. Jadi sekali skala tak salah untuk reward diri anda dengan perkara yang disukai.
#5 Bersenam
Sering kali kita lihat individu yang menjaga kesihatan mereka dari segi pemakanan dan gaya hidup kelihatan lebih muda daripada umur sebenar mereka.
Malah mereka juga kelihatan lebih gembira dengan gaya hidup yang sihat.
Malah dengan bersenam ia secara tidak langsung boleh membantu melancarkan peredaran darah dan hormon dopamin dapat dirembeskan di mana ia akan membuatkan anda berasa lebih tenang dan gembira.