Selain dijadikan sebagai tempat tinggal, rumah merupakan sebuah tempat buat manusia meluangkan masa bersama keluarga, beristirehat dan juga berlindung.
Malah ia juga menjadi satu momen yang indah buat seseorang apabila berjaya memiliki atau membeli rumah untuk diri sendiri dan keluarga.
Namun sebelum melangkah masuk ke rumah idaman pasti kita akan membuat pemeriksaan terlebih dahalu untuk memastikan tiada sebarang kecacatan sebelum berpindah.
Antara kecacatan atau defect yang sering ditemukan adalah rekahan, jubin tidak sekata dan banyak lagi.
Bukan hanya itu, tujuan pemeriksaan ini dilakukan adalah untuk meminta pihak pemaju bertanggungjawab terhadap sebarang kecacatan tersebut dan jika ia masih dalam defect Liability Period (DLP) lebih mudah untuk anda mengambil sebarang tindakan.
Walau bagaimanapun, pasti ada di antara anda yang sudah berbuih mulut melaporkan kecacatan yang terdapat pada rumah namun masih tiada sebarang tindakan. Malah mereka memberikan seribu alasan untuk tidak bertanggungjawab terhadap hal tersebut.
Sebelum ini, seorang individu dalam hantaran laman grup Friends of JKR Malaysia di Facebook telah berkongsi langkah dan pengalamannya yang berdepan dengan masalah sama dan ini antara perkara dilakukan:-
Mungkin ada di kalangan anda yang tertanya-tanya mengapa surat tersebut perlu dihantar kepada peguam bukan? Ini kerana duit pinjaman yang diberikan oleh pihak bank dikawal oleh peguam.
Oleh itu, kebiasaannya peguam serta bank tidak akan memberikan wang tersebut secara total sebaliknya hanya memberikan 95% sahaja dan 5% lagi dijadikan retention sum.
Maka kontraktor perlu selesaikan kesemua kecacatan berkenaan dengan menggunakan 5% retention sum selepas DLP. Bank akan memberikan 5% tersebut selepas tamat DLP dalam tempoh 24 bulan.
Namun terdapat pemaju yang cuba untuk menipu pelanggan apabila mengatakan tempoh DLP hanya selama tiga buka ketika kunci diambil.
Akan tetapi disebabkan pengalaman individu tersebut yang bekerja dalam bidang pembinaan adalah mudah baginya membuat pemeriksaan semula dengan hanya menghubungi pihak tertentu seperti arkitek, kontraktor dan sebagainya.
Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa 5% itu ditahan oleh bank, ini kerana sebagai pemilik anda boleh membuat tuntutan semula wang yang dikeluarkan untuk membuat pembaikan jika kontraktor masih berdegil.
Individu ini turut menceritakan serba sedikit pengalaman yang pernah dilaluinya apabil berdepan dengan masalah ini, sebagai contoh cermin di bahagian balkoni rumah secara tiba-tiba pecah.
Awalnya dia telah mengisi borang melaporkan kerosakan tersebut kepada pemaju namun mereka memberikan alasan ia cermin di luar rumah dan bukan kerosakkan yang perlu dibaiki pihaknya.
“Pemilik kena baiki sendiri. Kontraktor hanya baiki dalam rumah sahaja. Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya.
“Saya hanya buat langkah pertama, hantar surat formal, cc kepada peguam dan hantar melalui pos berdaftar. Saya juga hantar secara terus kerana bimbang pos berdaftar lambat menghantarnya,” ujar individu itu.
Selepas tiga hari wakil pemaju dan kontraktor datang ke rumah serta setuju untuk menganti semula cermin yang pecah dan kes selesai.
Harap pengalaman dan langkah yang dikongsikan oleh individu ini dapat membantu anda di luar sana untuk membuat keputusan yang terbaik bagi rumah anda.
Apa yang penting adalah perjuangkan hak anda sebagai pembeli, yelah nak beli rumah bukan murah anda bekerja siang dan malam untuk mendapatkannya.
Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.
Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka…
Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…
Ning Baizura mempersoalkan tentang perkara berkenaan selepas salah seorang pengikutnya memberi komen 'all eyes on…
Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…
Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…