fbpx
Now Reading
Bil Api Tinggi? Lelaki Kongsi Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik Di Rumah [Video]

Bil Api Tinggi? Lelaki Kongsi Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik Di Rumah [Video]

Antara kelebihan yang dapat dilakukan apabila menutup serta mencabut plug yang tak digunakan adalah dapat menjimatkan elektrik kerana tenaga tidak sentiasa berjalan ke PC board.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan setiap hari kita menggunakan elektrik untuk menguruskan kehidupan harian.

Mana tidaknya, ketika ini hampir kesemua alatan di rumah menggunakan sumber tenaga dari elektrik sebagai contoh sterika, dapur dan bermacam-macam lagi.

Adakalanya penggunaan elektrik yang banyak di rumah membuatkan ramai bimbang apabila terpaksa membayar bil yang tinggi namun buntu serta tidak tahu bagaimana ingin mengawalnya.

Lelaki kongsi cara jimatkan bil elektrik

Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menjimatkan bil elektrik di rumah.

Menerusi video yang dikongsikan di X (Twitter), lelaki berkenaan memberitahu tarif elektrik akan dinaikkan sehingga 6% bagi pengguna yang mempunyai bil sekitar RM220.

Susulan itu, dia terpanggil untuk berkongsi beberapa cara yang mungkin dapat membantu orang ramai dalam penjimatan elektrik di rumah.

“Yang pertama korang kena kenal pasti dahulu barang elektrik yang mana menggunakan banyak tenaga elektrik.

“Untuk barangan elektrik ni apa sahaja barangan yang mempunyai elemen pemanas (heating) adalah barang yang menggunakan elektrik yang banyak tenaga. Contoh seperti cerek elektrik, seterika, air panas, periuk nasi, ketuhar, mesin pengering baju, mesin basuh (front load), peti sejuk dan juga penghawa dingin,” katanya dalam video berkenaan.

Penghawa dingin dan petik sejuk guna elektrik paling tinggi

Menurutnya meskipun kesemua barangan yang disenaraikan ini adalah alat yang menggunakan tenaga elektrik tinggi namun peti sejuk dan penghawa dingin yang paling banyak menggunakannya.

Ini kerana, dua alat eletronik ini digunakan untuk tempoh yang sangat lama berbanding alatan lain yang hanya digunakan pada waktu tertentu sahaja.

“Peti sejuk ni kita guna (switch on) 24 jam manakala penghawa dingin pula guna lebih daripada lima jam sehari.”

Ramai tak sedar penapis air 2 in 1 juga guna tenaga elektrik banyak

Katanya terdapat satu lagi alat yang turut menggunakan tenaga elektrik yang tinggi namun jarang disedari oleh orang ramai iaitu penapis air 2 dalam 1 yang mempunyai air panas dan air sejuk.

Ini kerana, penapis air juga mempunyai elemen pemanas serta suis yang sentiasa dibiarkan 24 jam.

“Tips penjimatan elektrik yang kedua, kalau rumah korang ada penghawa dingin korang kena kawal cara penggunaan aircond.

“Jangan guna suhu yang terlalu rendah sangat, lagi-lagi ketika musim panas ni. Kalau korang set suhu yang rendah sangat, susah penghawa dingin tu nak capai (tahap suhu yang diinginkan) jadi ia akan bekerja keras dan akan guna lebih banyak tenaga.

“Suhu yang paling optimum, saya sarankan guna suhu 24°C. Jadi kalau korang rasa kurang sejuk boleh gabungkan dengan penggunaan kipas,” katanya.

Gabungkan kipas dan aircond untuk bilik sejuk

Gabungan kipas dapat membantu compressor penghawa dingin untuk tidak bekerja terlalu keras.

Selain itu, lelaki berkenaan turut meminta orang ramai untuk memastikan penapis di dalam penghawa dingin sentiasa dibersihkan. Ini kerana, penghawa dingin memerlukan udara untuk masuk untuk mengeluarkan suhu sejuk.

Penapis yang tersumbat akan menyebabkan udara sukar untuk masuk dan sekali gus membuatkan suhu sejuk sukar dicapai.

Tutup dan cabut plug jika tak guna

Ujarnya sekiranya penghawa dingin tidak digunakan lagi, pastikan anda sentiasa menutup suis utama agar elektrik tidak terus berjalan dan ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga.

Pesannya lagi, lakukan perkara yang sama kepada mesin basuh iaitu pastikan suis sentiasa ditutup apabila tidak digunakan.

“Lagi bagus kalau korang terus cabut je plug tu, saya percaya ramai yang ada mesin basuh tak tutup pun suis tu.

“Sebab kebiasaannya suis ada dibelakang mesin basuh dan menyebabkan ia sukar untuk ditutup. Tetapi percayalah ada kebaikan jika ia ditutup.”

Kelebihan tutup suis atau plug tak digunakan

Menurutnya antara kelebihan jika menutup suis yang tak digunakan adalah:

  • Dapat jimatkan elektrik kerana tenaga tidak sentiasa berjalan.
  • Jangka hayat PC board juga dapat bertahan lebih lama kerana tiada tenaga yang dibazirkan.
  • Mengelakkan PC board daripada terbakar.

Melihat di ruangan komen ada juga yang meminta orang ramai untuk sentiasa menutup mana-mana suis yang tak digunakan seperti lampu, suis televisyen dan sebaiknya.

Menerusi carian kami, video asal lelaki ini telah dimuat naik di TikTok sekitar bulan April lalu namun menjadi sohor semula di X.

“Lagi satu tips, tutup dan cabut suis plug tv sebelum tidur. Bayangkan berapa banyak elektrik membazir bila on suis tv masa tidur 6-8 jam satu malam…”

“Tutup semua barang elektrik dan cabut plug, bil saya dah turun 30-40% bila amalkan cara ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.