
Akaun X Tiba-tiba Logout & Sangkut Di Kod 2FA? Ini Cara Penyelesaiannya Yang Mudah
Tinjuan kami di Reddit mendapati pengguna X (Twitter) antara yang paling ramai menghadapi masalah ini apabila secara tiba-tiba akaun yang digunakan log keluar sehingga memaksa mereka untuk memasukkan kod 2FA ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semakin maju sesuatu teknologi digital itu, sudah pasti sistem sekuriti atau kekunci untuk memastikan akaun daripada di ‘hack’ individu lain juga makin diperketatkan.
Antara ciri-ciri penambahbaikan agar sesuatu akaun tidak digunakan oleh pihak lain adalah dengan menambahkan ‘Two-Factory Authentication’ (2FA) yang perlu dimasukkan oleh pemilik akaun ketika ingin log masuk (login).
Pun begitu, ramai di antara kita yang menghadapi masalah untuk login ke akaun mereka disebabkan tidak tahu tentang 2FA dan bagaimana untuk mendapatkannya.
Pengguna X paling banyak hadapi masalah kod 2FA
Tinjuan kami di Reddit mendapati pengguna X (Twitter) antara yang paling ramai menghadapi masalah ini apabila secara tiba-tiba akaun yang digunakan log keluar sehingga memaksa mereka untuk memasukkan kod 2FA ini.
Susulan itu, dalam artikel ini kami akan ajar cara untuk login ke akaun X sekiranya anda menghadapi masalah dengan kod 2FA.
Perlu diingatkan, cara yang digunakan ini perlu mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk ia diselesaikan bagi mereka yang benar-benar tidak mampu untuk mendapatkan kod 2FA ini terutamanya bagi individu yang menggunakan e-mel Yahoo.
Buat laporan kod 2FA kepada X Help Center
Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan melaporkan tentang masalah tersebut kepada X Help Center kerana tiada pilihan lain yang boleh dilakukan.
Pertama sekali, search ‘X Help Center’ di Google dan klik pada pilihan pertama yang keluar yang tertera ‘Help Center – X’.
Setelah masuk ke ‘X Help Center’, klik di bahagian carian (search) dan taip ‘2FA’ kemudian tekan enter. Anda akan lihat beberapa pilihan mengenai 2FA dan klik pada pilihan pertama iaitu ‘problem with 2FA’.
Masukkan maklumat nama pengguna dan alamat e-mel
Kemudian, pilihan ‘I need to regain access to my X account’ pada soalan pertama dan ‘I am having a problem with the two-factory authentication method linked to my account’ pada soalan kedua.
Skrol ke bawah dan masukkan dua maklumat yang diperlukan oleh pihak X Help Center seperti nama pengguna (username) iaitu akaun yang mempunyai masalah 2FA dan alamat e-mel untuk mereka memberi maklum balas.
Ikuti arahan yang diberikan menerusi e-mel
Selepas itu, tunggu sehingga pihak X help center menghantar e-mel kepada anda dengan beberapa arahan yang diberikan.
Pihak X akan meminta anda untuk log masuk ke dalam akaun yang mempunyai masalah 2FA terbabit dan kemudiannya maklumkan kepada mereka dengan membalas e-mel berkenaan.
Perkara tersebut perlu dilakukan untuk pihak X memastikan bahawa anda adalah pemilik sebenar akaun berkenaan.
Setelah itu, anda hanya perlu menunggu beberapa hari sebelum pihak X menghantar e-mel kedua yang memaklumkan bahawa verifikasi (2FA) telah ditutup dan anda boleh log masuk ke dalam akaun seperti biasa.