Kereta Kena Langgar Dari Belakang? Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Tak dinafikan apabila terlibat dalam kemalangan pasti semua akan mula berasa panik dan tak tahu apa yang perlu dilakukan.

Ini kerana, anda mula bimbang apabila melihat keadaan kereta yang remuk serta kos yang perlu dikeluarkan untuk membaiki kereta tersebut.

Namun usah bimbang baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna X, Zafran telah berkongsi beberapa perkara yang perlu dilakukan sekiranya anda berdepan dengan kemalangan kereta dilanggar dari arah belakang.

Jelasnya dalam hantaran di X tips diberikan itu adalah daripada peguam. Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda.

#1 Jangan panik

Sesiapa yang terdengar bunyi dentuman kereta dilanggar dari arah belakang pastinya anda berasa takut, namun jika berdepan dengan situasi ini anda dinasihatkan untuk kekal tenang dan pastikan berada dalam keadaan selamat.

Sebaik memastikan keadaan selamat dan anda tidak mengalami sebarang kecederaan, alihkan kereta ke bahu jalan atau kawasan yang lapang agar tidak menyebabkan gangguan lalu lintas di kawasan tersebut.

#2 Ambil telefon bimbit untuk catatan

Di sini peranan telefon bimbit adalah sangat penting. Ini kerana sebaik melihat kenderaan yang melanggar anda berhenti keluarkan telefon bimbit untuk membuat catatan seperti merakamkan gambar, video dan sebagainya.

Jika berasa marah, cuba untuk kawal diri dan elakkan daripada keluar dari kenderaan dengan membawa sebarang senjata yang merbahaya seperti steering lock, parang dan sebagainya.

Ini kerana anda boleh didakwa cuba untuk melakukan serangan atau kecederaan kepada individu lain mahupun harta benda awam.

Ambil gambar nombor pendaftaran dan cukai jalan (road tax) kereta yang melanggar anda.

#3 Sapa pemandu yang langgar dengan baik

Di dalam keadaan ini tak dinafikan pasti keduanya akan berpotensi untuk saling menyalahkan antara satu sama lain. Oleh itu, cuba untuk atasi isu tersebut dengan baik tanpa memaki hamun kepada pemandu berkenaan.

Cuba tanya dengan baik apakah yang menyebabkan berlakunya pelanggaran. Elakkan daripada bergaduh kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya anda boleh didakwa atas kesalahan lain sekiranya pemandu membuat laporan terhadap diri anda.

#4 Minta kad pengenalan atau lesen

Cuba minta kad pengenalan dan lesen memandu untuk ambil gambar. Maklumkan pengambilan gambar hanya bertujuan untuk rekod ketika membuat laporan polis.

Sekiranya individu tidak mengaku bersalah, anda tak perlu memaksanya untuk membuat pengakuan. Sebaliknya selepas mengambil segala bahan bukti pelanggaran, kad pengenalan, lesen memandu, road tax, dan nombor pendaftaran anda bolehlah terus ke balai polis untuk membuat laporan.

Selain itu, anda juga boleh maklumkan mengikut undang-undang, sekiranya berlaku pelanggaran dengan kenderaan lain dari arah belakang ia adalah kecuaian pemandu kenderaan yang melanggar.

#5 Minta tanggung kos pembaikan kereta

Sekiranya pemandu mengaku bersalah, anda boleh meminta dia untuk menanggung kos pembaikan kereta anda sekali. Tak perlu minta wang, hanya pergi ke bengkel yang anda sudah biasa berurusan untuk membuat penilaian kerosakan kenderaan.

Ambil nombor telefon pemandu berkenaan agar mudah untuk menghubunginya kelak.

Namun sekiranya individu terbabit enggan mengaku bersalah, usah paksa mereka sebaliknya gunakan segala informasi yang dimiliki untuk membuat laporan polis di balai berdekatan atau balai kawasan kemalangan.

Dari laporan yang dimiliki anda boleh ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mencari insuran yang digunakan oleh kereta tersebut.

Sebaik mengetahui anda boleh ke mana-mana panel syarikat insuran itu dan minta mereka uruskan tuntutan pihak ketiga untuk membaiki kerosakan kenderaan terbabit.

Ha mudah sahajakan cara yang perlu dilakukan, jadi lepas ni sekiranya anda berdepan dengan situasi ini kekal tenang dan kumpul segala bukti.

Lebih baik jika anda ada rakaman dashcam boleh bagi pada polis untuk menilai.

Sebelum ini, tips ini telah dimuat naik oleh Adrian Cavanaugh di Facebook pada 20 Disember 2020 dan disiarkan semula oleh Zafran di X.

Recent Posts

  • Trending

El Azman Nafi Ciplak Rekaan Samping Suami Tyra Kamaruzzaman, Tampil Beri Penjelasan

Menurut El Azman, motif keris telah lama wujud dalam seni tekstil tradisional Melayu, termasuk dalam…

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Tangan Wanita Tersekat Di Dalam Mulut Teman Lelaki Selepas Cuba Buat Video Kelakar Di Media Sosial

Doktor di China turut memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak memasksa rahang seseorang terbuka…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Dari 2 Hari Jadi 20 Saat, PDRM & UKM Hasilkan Kit Kesan Dadah Dalam Sampel Urin

Sebanyak sembilan orang pegawai kanan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) turut terpilih untuk…

3 hours ago
  • Gaya Hidup

LEGO Eratkan Hubungan Kekeluargaan, Raya Jadi Lebih Meriah [Review]

Kempen "Main Bersama, Erat Silaturahim" yang dilancarkan LEGO MALAYSIA bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

3 hours ago
  • Trending

Tindakan Remaja Lelaki Tarik Kaki Jemaah Sedang Solat Hingga Jatuh Tertiarap Buat Ramai Tergamam [Video]

Berdasarkan perkongsian di media sosial, ada yang mendakwa remaja berkenaan dikatakan mahu mengusik rakannya namun…

4 hours ago
  • Trending

“Aku Bukan Gegirl” – Lelaki Terkedu, Harapkan Kurta Tetapi Baju Kurung Yang Sampai Ke Rumah! [Video]

Ada warganet yang percaya bahawa baju Kurta yang dibeli oleh lelaki dikenali sebagai Arep itu…

4 hours ago