Kenapa Kena Pakai Selipar Masuk Tandas? Ustaz Jelaskan Ini Sebabnya [Video]
Menurut Ustaz Hazry, dikhuatiri lantai pada tandas mempunyai percikan najis yang tidak disedari dan akan menyebabkan individu terpijak lalu akan menyebabkan rumah menjadi kotor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Agama Islam bukanlah sekadar agama untuk dianuti semata-mata namun ia adalah cara hidup.
Oleh itu, sebagai umat Islam kita diajar tentang adab secara spesifik mengenai sesuatu perkara sebagai contoh adab makan, adab berhias, adab memasuki tandas dan banyak lagi.
Ustaz nasihat kenapa kena pakai selipar masuk tandas
Baru-baru ini seorang pendakwah bebas, Ustaz Hazry telah berkongsi kepentingan untuk memakai selipar setiap kali ingin memasuki tandas.
Umum mengetahui tandas digunakan sebagai tempat untuk berhadas dan juga mandi.
Kata Ustaz Hazry setiap umat Islam yang memasuki tandas perlu memakai selipar termasuklah di tandas rumah.
“Kena ada selipar di dalam tandas. Kena pakai, masuk toilet kena pakai selipar. Kenapa? Banyak tempat yang saya buat pemagaran rumah, puncanya daripada ini (tak pakai selipar dalam tandas).
“Pertama sekali hadis Nabi SAW beritahu apabila kamu nak masuk ke dalam tandas, hendaklah kamu pakai dua alas. Yang pertama alas kepala, tutup kepala kita tuan-tuan tak boleh togel (tiada alas).
“Kalau nak mandi bukalah nanti, contoh nak buang air kecil atau air besar ke, tutup kepala kita ni tak kisahlah pakai tuala ke pakai kopiah ke,” ujarnya lagi.
Khuatiri lantai tandas kotor dengan percikan najis yang tak disedari
Menurutnya alas yang kedua adalah alas kaki yang merujuk kepada selipar. Jelas ustaz itu lagi, kenapa perlunya selipar di dalam tandas kerja dikhuatiri lantai tandas terdapat najis yang terpecik-pecik dan perkara itu tidar disedari.
Oleh itu, apabila tidak memakai selipar ada kemungkinan seseorang akan memijak najis tersebut dan kemudian ia bertebaran di dalam rumah. Perkara itu menyebabkan rumah menjadi kotor.
“Jadi najis-najis ni, makanan siapa? Jin yang jahat, jin syaitan, jin kafir ni makanan dia.
“Jadi kalau rumah kita kotor tuan-tuan ada najis yang tanpa kita perasan tu, jadi itu menjemput untuk dia datang je, sumber makanan dia ada.”
Meskipun memagar rumah namun ia akan menjadi roboh sedikit demi sedikit disebabkan kekotoran yang bertebaran dalam rumah. Oleh itu, adalah penting untuk memakai selipar ketika berada di dalam tandas agar.
Nak pastikan kaki bersih apabila memijak kawasan lain dalam rumah
Perkara itu bertujuan untuk memastikan kaki kekal bersih apabila keluar daripada tandas selepas menggunakannya.
Malah ustaz turut meminta umat Islam untuk mengamalkan sunah ini meskipun toilet tersebut adalah bersih.
Melihat di ruangan komen, ada segelintir mengatakan mereka sememangnya menyediakan selipar di dalam tandas.