fbpx
Now Reading
Betul Ke Ibu Berpantang Tak Boleh Makan Sushi? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Betul Ke Ibu Berpantang Tak Boleh Makan Sushi? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Menurut Dr Rusydina, ikan salmon mempunyai protein yang tinggi dan bagus dalam memperbanyakkan susu ibu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang influencer wanita yang baru lepas bersalin makan sushi sambil memegang bayinya.

Apa yang menjadi perhatian, wanita itu dilihat memakan ikan sushi mentah dan di ruang kapsyen dia mengatakan ia adalah ‘self-reward’ buatnya yang baru sahaja melahirkan anak.

Tindakan influencer berkenaan secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang berpendapat sushi tidak boleh dimakan sewaktu sedang berpantang dan juga yang merasakan sebaliknya.

Baca artikel berkaitan: “Self Reward” – Tindakan Influencer Ini Makan Sushi Lepas Bersalin Raih Perhatian [Video]

Doktor jelaskan boleh atau tidak makan sushi ketika pantang

Peka dengan isu yang sedang tular mengenai makan sushi ketika pantang, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Rusydina telah tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, tidak ada sebarang masalah sekiranya wanita selepas bersalin ingin menikmati ikan salmon mentah.

“Habislah kecoh berpantang makan sushi. Boleh ke berpantang makan sushi? Kalau tanya doktor, boleh tak ada masalah.

“Asalkan makan tu mempunyai nutrisi makanan yang sihat, lepas bersalin tak ada masalah pun nak makan raw salmon (mentah). Saya baca banyak orang cakap beras sushi tu beras pulut kan?

“Sebenarnya kalau dekat Malaysia ni yang senang nak dapat beras yang digunakan untuk buat sushi tu nama dia Calrose Rice,” ujarnya dalam satu video di TikTok.

Beras untuk sushi adalah Calrose Rise dan bukan beras pulut seperti buat pulut kuning

Menurut Dr Rusydina lagi, beras Calrose Rice bukanlah beras pulut seperti yang digunakan orang ramai untuk membuat pulut kuning.

Jelasnya, beras Calrose Rice ini mempunyai kandungan kanji yang lebih tinggi dah ia sebenarnya sihat. Malah penduduk Jepun menikmati beras ini pada waktu pagi, tengah hari, petang.

Katanya masyarakat Jepun bagaimanapun tidak makan nasi dari beras ini dalam kuantiti yang banyak kerana ia cepat mengenyangkan.

Ikan salmon sangat bagus kerana tinggi dengan protein, bagus untuk hasilkan susu yang banyak

Manakala ikan salmon pula sangat bagus sebagai makanan pantang kerana ia tinggi dengan protein.

Malah makanan yang tinggi dengan protein juga boleh membantu dalam memperbanyakkan kuantiti susu dalam badan. Ini kerana, ikan salmon mempunyai lemak yang bagus.

Ibu hamil tak boleh makan makanan mentah, boleh kena keracunan makanan berbanding ibu berpantang

Dr Rusydina turut berkongsi dia juga mengambil ikan salmon sewaktu berpantang dan antara ikan lain yang dimakannya sepanyang tempoh itu adalah ikan tenggiri, merah, bawal putih serta ikan haruan.

“Saya nampakkan adik tu dia meraikan melahirkan (anak) dengan makan sushi. Masa mengandung doktor tidak membenarkan (para ibu hamil) untuk makan makanan yang tidak masak seperti raw salmon.

“Kerana bimbang, awak (ibu hamil) mengalami keracunan makanan daripada kuman Salmonella.”

Ujarnya, para ibu yang dijangkiti kuman salmonella ini boleh menyebabkan ia merentasi placenta atau uri serta menjangkiti bayi.

Boleh mendatangkan bahaya kepada bayi jika dijangkiti kuman salmonella

Malah ia mengundang bahaya seperti komplikasi di mana bayi mendapat jangkitan dalam darah atau meningtis.

Kuman salmonella ini bukan sahaja boleh berlaku jika si ibu makan ikan salmon mentah sebaliknya ia juga digunapakai untuk makanan lain seperti telur separuh masak, daging, ayam, dan sebagainya.

“Katalah teringin sangat nak makan telur separuh masak kan. Boleh, cari pasteurized eggs iaitu telur yang sudah diproses. Ia dalam bentuk telur tu tapi semua kuman di dalamnya dah dimatikan.

“Itu boleh kalau awak nak buat telur separuh masak,” tambahnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.