Tular Powerbank Meletup, Ini 4 Tips Penjagaan Yang Patut Anda Amalkan
Sama seperti barangan elektrik yang lain, powerbank pun perlu dijaga dengan betul bagi memastikan penggunaannya dengan baik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Boleh dikatakan hampir setiap individu pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu powerbank atau bank kuasa sebagai alat untuk mengecas telefon apabila tiada plug point di lokasi berhampiran.
Kalau tiba-tiba telefon bimbit anda sudah tinggal lagi 2% tetapi tengah ‘stuck’ dalam kereta ketika balik kerja, memang powerbank adalah penyelamatnya.
Sama seperti barangan elektrik yang lain, powerbank pun perlu dijaga dengan betul bagi memastikan penggunaannya dengan baik.
Tips Penjagaan Powerbank
Berbicara tentang powerbank, seorang pengguna X (@zalyazahari) telah berkongsi cara penjagaan powerbank dengan baik agar tidak menjadi punca kepada sebarang perkara tidak diingini seperti letupan, kebakaran dan sebagainya.
Antara tips yang dikongsikan adalah:
#1. Tukar Powerbank Jika Sudah Lebih Jangka Hayat
Sebagai info, powerbank hanya boleh digunakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun bergantung kepada kekerapan anda menggunakannya. Kalau hari-hari pakai selama dua tahun, mungkin sudah boleh beli yang baru demi menjaga keselamatan.
#2. Elakkan Simpan Powerbank Di Tempat Tidak Sepatutnya
Powerbank merupakan barangan elektrik dan ia tidak boleh diletakkan di lokasi sebarangan kerana berisiko untuk mengakibatkan letupan.
Antara lokasi yang dilarang adalah dalam kereta, atas tilam, atas peti sejuk, atas radio atau berhampiran dengan barang mudah terbakar.
#3. Letak Powerbank Di Lantai Ketika Sedang Dicas
Ketika anda mengecas powerbank, sebaiknya ia diletakkan di atas lantai supaya haba daripada powerbank itu diserap pada lantai.
Jika diletakkan di atas tilam, haba yang terhasil daripada powerbank itu berisiko untuk mengakibatkan letupan serta kebakaran.
Bukan setakat powerbank, kalau boleh barangan elektrik lain seperti telefon bimbit dan laptop juga tidak boleh diletakkan di atas tilam, toto atau karpet.
#4. Elakkan Dari Beli Powerbank Tidak Berkualiti
Kalau boleh, elakkan dari membeli powerbank tidak berkualiti yang tiada jenama hanya kerana ia dijual pada harga lebih murah. Apa yang membimbangkan adalah jenis bateri yang digunakan pada powerbank berkenaan sama ada ia jenis berkualiti atau cap ayam.
Antara jenama powerbank yang boleh dipercayai adalah seperti Pineng, Baseus, Xiaomi, Aukey dan lain-lain.
Baru-baru ni ada kes powerbank meletup dan terbakar. Sebenarnya powerbank ni ada cara penjagaan dia and dia ada jangka hayat. Bukan sekali beli tahan seumur hidup yaa. Here i nak share — pic.twitter.com/cKQpIR5k2N
— Zalea ౨ৎ (@zalyazahari) September 23, 2024
Insiden Rumah Terbakar Kerana Powerbank
Penting ya untuk menjaga powerbank dengan betul kerana sebelum ini pernah tular satu insiden di mana rumah seorang content creator iaitu Amad Zahry dilaporkan terbakar dan ia berpunca daripada powerbank yang tiba-tiba meletup.
Tambahnya lagi, powerbank tersebut tidak digunakan dan merupakan sebuah jenama terkenal original.
Katanya, api daripada letupan itu terus menyambar langsir dan menyebabkan dia tidak dapat mengambil tindakan awal untuk memadamkan kebakaran.
Amad dikatakan hanya berjaya menyelamatkan telefon pintarnya dan dapat menghubungi pihak bomba.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Influencer Hangus Terbakar Gara-gara Powerbank Meletup