Doktor Kongsi 5 Cara Elak Anak Berdepan Masalah Bantut [Video]
Menurut Dr Zaqrul, antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anak-anak mempunyai masalah terbantut adalah mendedahkan mereka kepada aktiviti di luar rumah seperti bersukan agar dapat mengeluarkan peluh dan kekal aktif.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kanak-kanak yang lahir mempunyai satu graf standard yang mengikut tumbesaran bagi memastikan si kecil membesar dengan sihat.
Antara perkara yang akan diambil kira dari graf ini adalah berat, ketinggian, daya pemikiran, kebolehan serta banyak lagi.
Walau bagaimanapun, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (MHNS) 2022 telah menganggarkan seramai 498,327 atu 21.2% kanak-kanak bawah lima tahun di negara ini mempunyai masalah ketinggian.
Peratusan itu bersamaan dengan satu daripada lima kanak-kanak mempunyai masalah bantut. Perkara ini secara tidak langsung turut membimbangkan ramai pihak seperti ibu bapa, serta para pengamal kesihatan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: 1 Dari 5 Kanak-Kanak Alami Masalah Bantut, Selangor Paling Tinggi
Doktor kongsi 5 cara elak anak daripada alami masalah bantut
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak-anak membesar dengan baik dengan jumlah ketinggian yang setara dengan umurnya.
Baru-baru ini seorang pakar kanak-kanak yang dikenali sebagai Dr Zaqrul telah berkongsi lima cara yang boleh membantu si kecil daripada masalah berkenaan.
Katanya, anak boleh menjadi terbantut sekiranya di awal usia mereka tidak mendapat nutrisi penting.
“Pertama sekali anak anda bantut sekiranya hari seribu pertama mereka tidak mendapat nutrisi utama.
“Kedua mereka tidak mendapat tidur yang mencukupi,” ujarnya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.
Kanak-kanak sedang membesar perlukan tidur yang cukup, bermain di luar atau bersukan elak terbantut
Umum mengetahui, bayi dan juga kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup untuk mereka membesar selain pemakanan yang penuh dengan nutrisi lengkap.
Selain itu antara perkara yang perlu dilakukan adalah ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak kepada aktiviti di luar rumah seperti bersukan.
Bermain sebenarnya merupakan salah satu perkara yang penting buat anak kecil di mana mereka bukan sahaja dapat berkawan bahkan dapat mengeluarkan peluh.
Mempelajari kebolehan untuk bersosial dengan cara berkawan selain mampu meningkatkan imunisasi badan melalui aktiviti fizikal yang dilakukan seperti berlari, melompat dan sebagainya.
Aktiviti bersukan boleh dilakukan sejak dari kecil
Aktiviti bersukan ini tidak hanya terbuka kepada kanak-kanak yang sudah besar sebaliknya ia juga perlu dilakukan kepada mereka yang berusia bawah lima tahun.
“Yang keempat, memastikan mereka (kanak-kanak) ini bukan mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti asma yang teruk, buah pinggang dan yang sewaktu dengannya.
“Yang kelima memastikan mereka ini mempunyai hormon yang sihat, sekiranya anak anda bantut sila berjumpa dengan pakar berdekatan,” jelasnya lagi.
Ramai kongsi berdepan masalah anak tak nak makan
Mejengah ke ruangan komen, ramai yang suka dengan tips yang diberikan oleh Dr Zaqrul.
Selain itu, ada juga yang berkongsi mereka mengikuti perjalanan pemakanan yang dilakukan oleh Dr Amalina Che Bakri untuk anaknya. Jelas pengguna itu sebagai seorang ibu yang mempunyai satu anak ianya sangat membantu.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi anak mereka mempunyai masalah sukar untuk makan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Tips naikkan selera makan si kecil
Memetik laporan Hello Doktor, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menaikkan selera makan anak seperti:
- Ketahui persekitaran anak ketika sedang makan sebagai contoh leka menonton televisyen boleh menyebabkan anak terganggu dan tidak mahu makan.
- Tak gemar rasa makanan, segelintir anak kecil cenderung utnuk menolak makanan yang tak disukainya seperti sayur-sayuran. Oleh itu, ibu bapa perlu mendedahkan si manja kepada rasa makanan sejak kecil bagi mengelakkan mereka menjadi seorang yang cerewet.
- Sediakan pilihan makanan yang berkhasiat dan biarkan mereka untuk memilih sendiri makanan yang diinginkan.
- Hidang makanan kegemaran jika anak tidak mahu makan.
- Jadikan makanan lebih menarik, adakalanya hiasan makanan dengan pelbagai bentuk menarik perhatian si kecil untuk memakannya.