fbpx
Now Reading
Ini 7 Tips Mudah Kalau Nak Biskut Raya Tahan Lama & Tak Cepat Lemau, Barulah Fresh!

Ini 7 Tips Mudah Kalau Nak Biskut Raya Tahan Lama & Tak Cepat Lemau, Barulah Fresh!

Antara tips elakkan biskut raya dari cepat lemau dan kekal segar sampai habis Syawal adalah menggunakan bekas kedap udara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Cepatnya masa berlalu. Diam tak diam sudah masuk minggu ketiga umat Islam menjalani ibadah puasa.

Ini bermaksud, hanya berbaki seminggu sahaja lagi, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Pastinya orang ramai sudah mula membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang akan tiba tidak lama lagi.

Selain daripada membeli baju raya atau menghias rumah, membuat kuih raya juga menjadi antara aktiviti wajib kebanyakan orang bagi menyambut ketibaan 1 Syawal.

Tapi pernah tak anda perasan, kadangkala kuih boleh menjadi lemau dan tidak sedap walaupun baru sahaja dibuat?

Jom kami kongsikan tips bagaimana hendak pastikan biskut raya kekal fresh dan tahan lama sepanjang bulan Syawal ini.

#1 Jemur Tepung & Gula Terlebih Dahulu

Pasti ramai yang tahu, antara bahan utama dalam membuat kuih adalah tepung dan gula.

Mengikut petua orang lama, kalau mahu biskut raya kekal segar dan tahan lama, anda dinasihatkan untuk menjemur tepung dan gula terlebih dahulu sebelum anda mula membuat kuih raya.

Ini kerana tepung dan gula yang dijemur akan menghasilkan biskut yang ‘ringan’.

Susah nak jemur?

Jangan risau kerana anda juga boleh menyangai dua bahan tersebut sebelum digunakan. Cara ini juga sebenarnya boleh menghasilkan biskut yang rangup dan sedap.

Foto: Freepik

#2 Sejukkan Biskut Yang Dibuat Sebelum Simpan Dalam Bekas

Sebaik biskut siap dibakar, jangan simpan terus ke dalam bekas. Pastikan anda biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya.

Ini kerana wap yang panas akan terkumpul dalam balang dan seterusnya boleh menyebabkan biskut menjadi lembik serta lemau dengan cepat.

Sebaik sahaja keluar dari dalam ketuhar, jangan terburu-buru hendak terus masuk ke dalam balang kuih raya.

Foto: Freepik

#3 Simpan Kuih Raya Dalam Bekas Kedap Udara

Cara lain jika mahu mengelakkan biskut raya daripada cepat lemau adalah dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

Ini kerana udara yang masuk ke dalam bekas tersebut boleh menyebabkan biskut cepat menjadi lemau.

Oh ye, bekas itu pun jangan dibuka terlalu kerap. Ini kerana perubahan suhu dan udara boleh menjejaskan kualiti biskut itu sendiri.

Foto: Freepik

#4 Jangan Campur Kuih Raya Berlainan Jenis Dalam Satu Bekas

Mesti ramai yang pernah mencampur adukkan kuih raya berlainan jenis dalam satu bekas.

Tahukah anda, cara sebegitu boleh membuat biskut cepat lemau dan menjejaskan kesegaran dan rasa kuih raya itu sendiri?

Ini kerana setiap biskut dibuat dan diadun daripada bahan berbeza. Sudah pastilah penjagaannya juga berlainan caranya.

Jadi, untuk mengekalkan tekstur dan rasa biskut raya, elakkan daripada mencampurnya daripada jenis yang lain.

#5 Pastikan Bekas Simpan Kuih Betul-Betul Kering

Kalau sudah namanya raya, pastinya bekas atau balang semuanya serba baharu.

Sebelum menggunakan bekas tersebut, sudah pasti anda akan mencuci terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Pastikan bekas atau balang kuih raya itu betul-betul kering dan tiada kesan air sebelum anda meletakkan biskut didalamnya.

Ia penting bagi mengelakkan biskut dari mudah rosak apabila berada dalam keadaan lembab.

Foto: Freepik

#6 Guna Kertas Minyak Alas Kuih Raya

Jika anda perasan, setiap kuih raya yang dijual di pasaran, kebanyakannya pasti akan dialas dengan kertas minyak.

Ia bukan sekadar hiasan sebaliknya ia berfungsi untuk menyerap kelembapan dan lebihan minyak untuk memastikan biskut sentiasa kering dan kekal segar.

Lebih elok jika setiap lapisan itu dialas dengan kertas minyak lebih-lebih lagi untuk kuih raya seperti tat dan biskut mentega.

Foto: Facebook Geng Hero Dapur

#7 Tabur Gula & Bunjut Garam Dalam Bekas

Ini juga merupakan antara cara yang paling mudah untuk elakkan biskut dari rasa lemau.

Jika anda mahu pastikan kuih raya kekal rangup dalam tempoh masa yang lama, masukkan uncang yang berisi garam ke dalam balang.

Mudah sahaja, bungkus satu atau dua sudu teh garam ke dalam uncang sebelum masikkan ia ke dalam bekas.  Garam boleh menyerap lembapan yang ada di dalam bekas tersebut.

Jika anda mahu menggunakan gula pun boleh. Taburkan sedikit gula dalam bekas atau boleh sahaja buat cara seperti garam tadi. Gula boleh mengelakkan biskut dariapda menjadi tengik dan hapak.

Senang sahajakan? Pilih je mana-mana langkah ini untuk pastikan kuih raya yang dibuat atau dibeli kekal segar sampai dah habis raya.

Foto: Freepik

Bakar Balik Biskut Raya Kalau Dah Lemau

Cara ini juga dapat elakkan daripada berlakunya pembaziran. Yelah, kalau dah lemau, mesti ada yang tak mahu makan dah kan?

Tapi, jika dah lemau dan mahu ‘baiki’ biskut raya itu, anda boleh sahaja membakar semula kuih biskut berkenaan dengan suhu 180C selama lima minit.

Hasilnya, biskut yang lemau tadi pun kembali segar dan sedap. Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Style Selendang Bahu Untuk Anda Gayakan Di Pagi Raya, Nampak Lebih Elegan! [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Buat Open House Raya Untuk Yang ‘Malas’. Tak Renyah Sangat! [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Idea Simple & Mudah Untuk Anda Yang Ingin Buat Open House Hari Raya Terpaling Instagrammable

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.