fbpx

42 dan 40 Hari Tanpa Gaji Buat Penjawat Awam Tahun Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini penjawat awam akhirnya menarik nafas lega. Yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.

Selepas 35 hari tanpa gaji, ramai juga yang terpaksa korek duit sana-sini sementara bertahan menunggu akaun diisi.

Tarikh gaji sebelum ini adalah 19 Januari. Diawalkan daripada kebiasaan 25 haribulan sebab ada sambutan Tahun Baru Cina, diikuti Thaipusam pula.

Maka aku yakin banyak juga internet marketer yang akan pasang FB Ads hari ini sampai ke beberapa hari untuk kaut apa yang boleh.

Cuma aku nak ingatkan para penjawat awam, ini hanyalah satu daripada banyak-banyak hari yang mana kita akan diuji sebegini.

Siap siaga, aku senaraikan sela hari yang kita nak kena jaga-jaga:

19 Jan 2017 – 23 Feb 2017 : 35 hari – Selesai!

23 Feb 2017 – 23 Mac 2017 : 28 hari

23 Mac 2017 – 25 April 2017 : 33 hari (Jaga-jaga!)

25 April 2017 – 25 Mei 2017 : 30 hari
*PBAKL waktu ini

25 Mei 2017 – 15 Jun 2017 : 21 hari (Gaji awal jangan bazir!)

15 Jun 2017 – 25 Julai 2017 : 40 hari (Tempoh kedua terpanjang tahun ini tanpa gaji. Hati-hati!)

25 Julai 2017 – 24 Ogos 2017 : 30 hari

24 Ogos 2017 – 25 Sept 2017 : 32 hari (Alert!)

25 Sept 2017 – 11 Okt 2017 : 16 hari (Jaga-jaga bencana nak datang!)

11 Okt 2017 – 23 Nov 2017 : 42 hari (Tempoh PALING PANJANG tanpa gaji untuk tahun ini)
*Mungkin PRU 14 waktu ini

23 Nov 2017 – 21 Dis 2017 = 28 Hari

 

Oleh itu aku nasihatkan semua, buatlah antara dua benda ini sekarang:

1. Mula menabung untuk hari susah

2. Cari pendapatan sampingan. Ingatlah, harga barang melambung tak masuk akal sekarang. Harga minyak tak tahu lagi naik turun macam mana.

Sekian nasihat pagi oleh Al Syaykh Al Ustaz Dr PHD letak sendiri Professor Emirates Al Wartawani Al Awwami.

 

Ali Imran
Wartawan Awam merangkap penjawat awam

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.