fbpx
Now Reading
‘Tak Ada Masalah Cuma..’ – Jawapan Ustaz Isu Kontroversi Mia Ahmad Cium Suami

‘Tak Ada Masalah Cuma..’ – Jawapan Ustaz Isu Kontroversi Mia Ahmad Cium Suami

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai isteri kepada penjaga gol pasukan JDT, Mia Ahmad pasti turut berasa bangga dan gembira dengan kemenangan pasukan suami ketika menentang Kedah baru-baru ini. Tindakan spontan Mia memeluk dan mencium pipi Izham Tarmizi walaubagaimanapun mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Artikel berkaitan : Yang Kecam Saya Cium Suami Sila Periksa Hati

Terbaru, Mia Ahmad menerusi Instastory memuatnaik perbualan Izham bersama seorang ustaz mengenai hukum isteri mencium suami di kawasan terbuka. Ini jawapan ustaz tersebut.

‘Tak ada masalah Izham’

‘Cuma jangan sampai menimbulkan nafsu orang lain’

‘Tindakan yang tidak disengajakan’

Wallahualam

 

Berdasarkan penjelasan yang diberikan ustaz tersebut, tidak salah bagi seorang isteri mencium suami di tempat terbuka asalkan perbuatan tersebut tidak menimbulkan nafsu orang yang melihatnya. Tambah ustaz tersebut lagi, ciuman yang diberikan juga bersifat kasih sayang dan cinta seorang isteri kepada suami. Malah, tindakan Mia Ahmad itu juga dilakukan secara spontan dan tidak disengajakan. InsyAllah diharapkan masyarakat diluar sana dapat memahami.

sumber : Mia Ahmad

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.