fbpx
Now Reading
Pita Magnetik Data Sandaran CIMB Hilang, Langkah Keselamatan Diperketatkan

Pita Magnetik Data Sandaran CIMB Hilang, Langkah Keselamatan Diperketatkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

CIMB Group Holdings Bhd, mendedahkan bahawa beberapa pita magnetik bank yang mengandungi data sandaran (back-up data) hilang dalam transit semasa operasi rutinnya.

Walaupunbegitu, pihak bank yakin bahawa tiada data pengesahan seperti PIN, kata laluan atau nombor kad kredit CVV yang terkandung dalam pita yang hilang tersebut.

Dalam satu kenyataan, berdasarkan penilaian yang dibuat pihak bank, menunjukkan tidak ada bukti maklumat yang hilang itu dikompromi namun mereka memperketatkan lagi langkah keselamatan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara menyeluruh.

Difahamkan beberapa pita data sandaran tersebut mengandungi maklumat pelanggan tertentu CIMB Bank dan anak-anak syarikatnya. Lanjutan dari kejadian berkenaan, beberapa servis menerusi telefon terpaksa dihentikan sementara waktu seperti

• penukaran alamat,

• nombor telefon,

• emel,

• bagi kad debit dan kredit,

• pemindahan wang/urusan pembayaran tanpa T-PIN dan permintaan T-PIN baru.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.