fbpx
Now Reading
“Tiada Pelajar Gagal, Good Job,” Kemaskini Terakhir Guru Fizik Sebelum Meninggal Dalam Kemalangan

“Tiada Pelajar Gagal, Good Job,” Kemaskini Terakhir Guru Fizik Sebelum Meninggal Dalam Kemalangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum terlibat dengan kemalangan seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar sempat menanda kertas jawapan dan menyiapkan analisa awal kertas soalan fizik semester dua pelajar tingkatan 4.

Mangsa, Khairul Anuar Salim, 30, meninggal dunia dalam kemalangan di Terusan Utama Parit 4, Sungai Besar, awal pagi tadi.

Pada Sabtu lalu, mangsa memuat naik status dilaman sosial Facebooknya pada jam 10.27 malam yang menunjukkan analisa peratusan pencapaian pelajarnya di dua kelas tingkatan 4.

Tiada pelajar gagal. Good Job (Syabas),” tulisnya dalam status Facebooknya yang dimuat naik arwah ketika berada di Tampin, Negeri Sembilan.

Menurut sumber, Khairul Anuar memadu secara bersendirian Produa Myvi dilaporkan hilang kawalan lalu masuk ke kiri jalan dan merempuh pokok kelapa sawit, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke MRSM Sungai Besar setelah bercuti hujung minggu di kampung miliknya di Tampin.

Khairul Anuar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat patah tulang tengkuk utama.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.