fbpx
Now Reading
Tidak Puas Hati Perbuatan Terbongkar Di Laman Sosial, Suami Isteri Menyerang Si Pelaku

Tidak Puas Hati Perbuatan Terbongkar Di Laman Sosial, Suami Isteri Menyerang Si Pelaku

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan suami isteri bertindak menyerang seorang ibu selepas perbuatan mereka terbongkar di laman sosial umpama memecahkan belangnya sendiri.

Keadaan tegang itu berpunca selepas Rabiah Mohd Salleh, 30, memuat naik status tidak puas hati terhadap pasangan berkenaan yang juga pengasuh anaknya.

Status yang ditulisnya telah tular pada khamis lalu selepas mendapati terdapat kesan pada tubuh anaknya yang dijaga oleh pengasuh.

Oleh kerana tidak berpuas hati, pengasuh dan suaminya menyerang Rabiah untuk mendapatkan penjelasan sebenar tujuan wanita tersebut memuat naik status yang didakwa mereka tidak benar.

Video yang berdurasi 10 minit 44 saat itu, melibatkan perbalahan antara tiga individu itu apabila suami pengasuh tersebut mempersoalkan tindakan Rabiah memuat naik status di Facebook tentang kejadian yang menimpa anaknya.

Namun, Rabiah berkata, dia berbuat demikian kerana tidak puas hati selepas mendapat tahu pengasuh itu bercerita kepada orang lain bahawa dia sudah tiga bulan tidak membayar upah serta menafikan dakwaan pasangan itu.

Rabiah tampil membuat laporan polis di Seksyen 9, Shah Alam untuk membolehkan pihak berkuasa membuat tindakan lanjut selepas video tersebut tular di laman sosial.

Dia turut berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap pasangan berkenaan selepas kes mereka tular.

Namun, rata-rata netizen menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak bersalah.

Salah seorang pemilik akaun Facebook turut berkata, perbuatan menyerang si ibu itu boleh menyebabkan pihak pengasuh itu dituduh menceroboh dan mengganggu orang lain.

“Rasanya kalau orang buat kenyataan yang boleh mengaibkan kita di Facebook, kita boleh buat laporan polis.

“Biar polis siasat. Kalau datang marah-marah, nak gaduh di rumah orang boleh menyebabkan kita dituduh menceroboh,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.