fbpx
Now Reading
“Saya suka!”

“Saya suka!”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sangat comel apabila melihat kanak-kanak luar negara cuba makanan Malaysia. Dari situ kita dapat lihat gelagat mereka yang boleh dikatakan jujur kerana kanak-kanak tak pandai menipu.

Sumber: Fb HiHo

Sebuah video dari akaun laman sosial Facebook bernama HiHo memuatnaik video empat orang kanak-kanak mencuba makanan dari Malaysia dalam siri Kids Try dan tular hingga mendapat 1,501 perkongsian dan dilihat 100,000 kali oleh warga laman sosial itu.

Empat orang kanak-kanak tersebut mencuba nasi lemak, roti canai, kari laksa dan apam balik dan nampaknya mereka lebih sukakan nasi lemak berbanding makanan lain.

Sumber: Fb HiHo

“Saya suka timun … itu bagus, kecuali ia pedas,” kata gadis berambut panjang, Crystal selepas mencuba nasi lemak.

Selepas itu, mereka beralih kepada roti canai bersama kuah kari pula. Kelihatan Jayque meminati roti canai selepas satu gigitan dan berkata “Saya suka!”.

Kemudian, kanak-kanak comel itu mencuba semangkuk kari laksa dan kali ini, Crystal dilihat begitu menikmati makanannya kerana dia sangat sukakan mee.

Untuk hidangan terakhir pula, mereka dihidangkan apam balik perisa coklat dan peanut butter. Clara terdiam sebentar dan berkata ia sungguh sedap sambil menunjukkan isyarat tangan bagus.

“Selamat jalan (selamat tinggal) terima kasih kerana menonton kami mencuba makanan dari Malaysia!” ujar Crystal sebelum mengakhiri video.

Clara pula dilihat mahu membawa Jumpy (seekor ikan bilis) balik bersamanya di akhir video. Mungkin dia telah jatuh cinta dengan kecomelan ikan bilis dalam nasi lemak tadi.

Sumber: The Star Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.