Joe minta maaf ‘wanita berbikini’

PENYANYI Joe Flizzow meminta maaf kepada peminat yang tersinggung dengan babak wanita berbikini dalam video muzik lagu barunya berjudul Drop.

Menurutnya, dia tidak melihat ia sebagai isu besar memandangkan model berkenaan bukan warganegara Malaysia namun bersedia menerima kecaman.

“Pertama sekali saya ingin meminta maaf dan sedia menerima segala kritikan mengenai video itu. Saya pun sebenarnya sudah menjangkakan perkara ini.

“Bagaimanapun, saya cuma mahu jelaskan bahawa model dalam video itu adalah wanita Brazil. Jadi ia bukan masalah besar lagipun mereka di Brazil sendiri tidak sabar melihat hasilnya,” katanya.

Joe mengatakan konsep video itu ditentukan pihak label yang berniat untuk memasarkannya di peringkat antarabangsa.

Dalam pada menerima terbuka hati dengan kecaman netizen, menurut Joe dia tidak perlu terkesan dengan perkara itu.

“Bukan hendak buatkan peminat di sana tawar hati tetapi saya tidak pernah membaca komen di YouTube. Mereka terbuka untuk memberi apa juga pandangan.

“Bagi saya golongan yang mengecam itu mungkin terlalu banyak masa untuk berbuat demikian. Walhal, banyak lagi perkara penting lain yang patut jadi perhatian,” katanya.

Video single barunya itu dilancarkan dan dimuat naik di YouTube pada 23 November lalu. Setakat ini, jumlah tontonannya sudah mencecah lebih 246,000 dan mendapat lebih 1,000 komen.

Recent Posts

  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

10 mins ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

19 mins ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

35 mins ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

4 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

5 hours ago