fbpx

Ini Komen Fathia Latiff Terhadap Kenyataan Dira Abu Zahar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susulan kenyataan daripada pelakon, Dira Abu Zahar bercakap mengenai Fathia Latiff di dewan PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU), Fathia turut mengeluarkan komen berbalas untuk Dira di laman sosial Twitter.

Menurut Fathia, Dira juga ada hak untuk bersuara seperti dirinya dan dia berpegang teguh dengan kata-katanya tanpa rasa takut atau bantuan daripada orang lain.

Sebelum ini, Dira berucap di dewan PWTC sambil menyelar kenyataan Fathia sebelum ini yang dikatakan menyuruh Fathia turun padang seperti Puteri Umno dan bukannya memuatnaik status di laman sosial sahaja.

Walau bagaimanapun, kali ini ramai yang setuju dengan pendapat Fathia yang dilihat semakin matang apabila memberi pendapat dan tak ‘cepat melatah’ apabila dikritik.

Semua orang mempunyai hak untuk bersuara jadi gunakanlah hak itu dengan baik untuk kebaikan semua. Kan?

Sumber: Twitter Fathia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.