fbpx
Now Reading
Siti Nurhaliza Artis Tempatan Paling Popular Di Spotify

Siti Nurhaliza Artis Tempatan Paling Popular Di Spotify

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38 tahun, dinobatkan sebagai Artis Tempatan Paling Tinggi Jumlah Penstriman 2017 di aplikasi muzik Spotify.

buro247.my

Menurutnya, kejayaan itu membuktikan penjualan lagu atau album secara digital lebih popular pada zaman sekarang.

“Alhamdulillah ini berita gembira untuk album SimetriSiti yang dilancarkan Mei lalu. Saya selalu percaya karya yang baik dan berkualiti pasti mampu diterima baik,” ujarnya.

tontonextra.com.my

Tambahnya, semua lagu dalam album terbarunya itu membuktikan kematangan Siti sepanjang 21 tahun menceburi dalam industri muzik.

Oleh itu, dia berterima kasih kepada semua pihak terutama para peminatnya yang percaya dengan karya dihasilkan.

wanista.com

“Sebagai penerbit dan penyanyi, saya akui apa yang terkini dari segi pemasaran. Dalam masa sama, saya juga masih mengeluarkan album berbentuk CD kerana permintaan terhadap album fizikal masih ada,” jelasnya.

Memang betul, zaman sekarang lebih senang untuk memasarkan lagu menggunakan platform digital seperti Spotify kerana ramai yang menggunakannya untuk mendengar lagu.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.