fbpx
Now Reading
Mia Ahmad Keguguran

Mia Ahmad Keguguran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk menimang cahaya mata dengan segera bukan? Pelakon cantik, Mia Ahmad, 29 tahun, juga tidak terkecuali daripada mempunyai impian sebegitu.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia disahkan keguguran ketika sedang bercuti di London.

“Ya, betul saya keguguran. Tapi bila, kenapa dan lain-lain soalan lagi saya tidak dapat kongsi buat masa sekarang. Maaf ya,” ujarnya.

Ig Mia Ahmad

Dia dilihat memuatnaik gambar-gambar mempunyai kata sedih di laman sosial dan gambar suaminya yang menjaganya dengan penuh kasih sayang di sana.

Selain itu, Mia turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan yang terbaik buatnya dan suami, Izham Tarmizi.

Ig Mia Ahmad

Malah, para peminat juga tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat untuknya mengharungi detik-detik sukar yang dialaminya sekarang.

Diharap Mia tabah menerima dugaan ini dan pastinya ada ganjaran besar untuk orang yang penyabar sepertinya.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.