
Wanita Dakwa Hamil Anak Artis Buat Ujian DNA
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu mengenai seorang wanita yang mendakwa dirinya mengandungkan anak seorang artis kini selesai setelah dia menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Menurutnya, dia sudah mengenalpasti siapa bapa sebenar kepada anak yang dikandungkannya itu dan ternyata keputusan ujian itu terus menepis segala tuduhan yang mengaitkan beberapa artis lelaki.

“Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari,” jelasnya.
Selain itu, dia juga berharap dengan kenyataan yang diberikan dapat menjernihkan kembali nama artis-artis yang terlibat dalam isu ini.

Malah, dia juga mengakui kesilapannya yang membuat tuduhan melulu hingga beberapa nama artis turut terkena tempias akibat tindakannya itu.
Wanita berusia 20-an itu berkata dia akan berkahwin tak lama lagi dengan lelaki pilihannya yang sanggup menerima dia seadanya.
Sebelum ini, kecoh apabila seorang wanita yang sedang hamil meminta seorang pelakon lelaki tampil bertanggungjawab kerana telah menghamilkannya selepas mereka bertemu semula di aplikasi Bego.
Sumber: mStar