fbpx
Now Reading
Ini Respon Da’i Wan Apabila Dikritik Bajet Alim

Ini Respon Da’i Wan Apabila Dikritik Bajet Alim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Inilah yang terjadi apabila seorang ustaz menegur gaya terkini orang lelaki yang gemar membuat video parodi dengan meniru gaya dan memakai pakaian menyerupai perempuan kerana dia dikatakan ‘bajet’ alim.

Menurut satu tweet di akaun Twitter Da’i Wan, dia menegur dengan berhemah dan tidak menggunakan kata-kata kasar tetapi tetap dikritik.

Fb Da’i Wan

Menerusi perkongsiannya di akaun Facebook ustaz pula, dia menerima segala kritikan dengan terbuka dan berharap mereka yang tidak boleh menerima tegurannya akan menyedarinya satu hari nanti.

“Hati-hati saudara se-Islam ku. Ramainya penghuni neraka di akhirat nanti adalah mereka-mereka yang bodoh sombong didunia,” pesannya.

Walau bagaimanapun, ramai yang menyokong tindakan ustaz itu kerana berani menegur dan bersabar menerima segala kecaman dan kritikan terhadapnya.

Biasa la, nak menegur memang susah untuk orang lain terima walaupun teguran itu datang daripada seorang ustaz.

Mungkin mereka yang tidak senang melihat teguran Da’i Wan semuanya masih muda dan bercakap tanpa memikirkan kesannya.

Sumber: Twitter Da’i Wan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.