Dah bayar RM475,000, perlu lebih RM300,000 lagi

PERCUTIAN tujuh sekeluarga di Seoul, Korea Selatan 1 Disember lalu bertukar sayu apabila seorang daripada mereka mengalami komplikasi jantung dan lebih dua minggu ditempatkan di hospital negara itu.

Abd Manaf Mohd Noh, 81, ke negara itu pada 1 Disember bersama dua anaknya, Marina, 47, dan Mahfiz, 40, serta empat cucu, namun, jatuh sakit pada 4 Disember.

Anak sulungnya, Azman Abd Manaf, 53, berkata, bapanya sudah menjalani pembedahan kecemasan di jantung pada 5 Disember di sebuah hospital di Seoul dan keadaannya stabil, namun masih lemah.

“Dua adik membawa ayah bercuti ke negara itu, namun pada 4 Disember dia mengadu sakit dada dan letih. Mereka pulang ke hotel tetapi keadaan ayah semakin serius.

“Dia jatuh dan mengalami muntah-muntah. Pihak hotel menghubungi ambulans dan ayah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pihak hospital mengesahkan ayah alami komplikasi jantung dan perlukan pembedahan segera yang berlangsung pada 5 Disember lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Azman yang berasal dari Johor Bharu dan menetap di Kuala Lumpur berkata, kisah ayahnya yang dirawat di hospital di Seoul tular di aplikasi WhatsApp termasuk dalam kalangan ahli keluarga isterinya di Kota Bharu.

Katanya, sehingga kini bapanya masih belum dibenarkan pulang dan bil keseluruhan rawatan itu mencecah RM800,000.

“Kami sudah menjelaskan RM475,000 untuk kos pembedahan dan hospital tetapi masih memerlukan lebih RM300,000 lagi.

“Ia perlu dijelaskan segera memandangkan keadaan ayah semakin pulih. Alhamdulillah kami sudah menyelesaikan sebahagian kos, hasil kutipan adik beradik dan sumbangan saudara mara, rakan pejabat serta orang ramai.

“Namun, ia masih belum mencukupi kerana bil yang tinggi. Saya berharap dapat membawa pulang ayah dengan kadar segera,” katanya yang memberitahu ayahnya sebelum ini tidak mempunyai penyakit kronik.

Penjawat awam itu berkata, keluarganya sangat berharap dapat membawa pulang bapa mereka dengan segera dan mengalu-alukan orang ramai yang mahu membantu dengan menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 014123115825 atas nama Azman Abd Manaf.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

52 mins ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago