fbpx
Now Reading
[VIDEO] Wow, Ini Bilik Ke Butik Mewah? Seronok Tengok Bilik Wardrobe Datuk Seri Vida!

[VIDEO] Wow, Ini Bilik Ke Butik Mewah? Seronok Tengok Bilik Wardrobe Datuk Seri Vida!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tergamam kami tengok sebahagian video yang dikongsikan sendiri oleh Che Ta apabila menemu ramah pengasa kosmetik Qu Puteh, Datuk Seri Vida.

Wah memang meriah bila dua diva bertemu kan! Tapi apa yang lagi menarik, ramai yang terkesima dan tergamam melihat kemewahan rumah Vida yang tersergam indah!

Lebih lagi apabila Vida membawa Che Ta memasuki bilik wardrobe khas di mana semua tas tangan mewahnya disimpan.

Sampaikan ada yang menyangka bilik tersebut merupakan sebuah butik mewah!

Lebih menarik, melalui perbualan mereka Che Ta ada menyebut Vida akan membeli handbag sehari sekurang-kurangnya lebih daripada 17 beg tangan dari jenama mewah. WOW!

Malah kedua mereka sempat bergurau berkongsi minat yang sama dalam memiliki lekaki muda, dan corak leopard.

Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri video ni,  memang terbaiklah bilik wardrobe Datuk Seri Vida bikin geram!

BuzzKini difahamkan ini merupakan sebuah rancangan recording untuk program Cuit-Cuit Che Ta yang bakal ditayangkan di RTM. Apapun BuzzKini tak sabar nak tengok program ini mesti meriah dengan keletah dan aksi spontan Che Ta!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.